Jumaat, 26 Mac 2010

MANUSKRIP DR BAGINDO MUCHTAR - BAB 8 hingga 16

BAB LAPAN

Anak anakkku !

Pergunakanlah DIRI yang telah ditemui itu. Ingatlah kedalam kita SATU, keluar SEJALAN dengan pengertian menurutkan JALANNYA dan terasa betul sama kita perbezaan kita dengan DIA yang dari dalam.

RASA itu terletak dihujung KUKU – dihujung jari jari kita. Dan disitulah letaknya segala Rahsia keluar dan kedalam. Untuk itu dapat kita hendaknya merasakan PERPISAHAN antara satu dengan yang lain, sampai dapat pula hendaknya kita mengetahui dengan pasti yang mana DIRI dan yang mana BADAN.

Berpeganglah pada DIRI dan turutkanlah JALANNYA dan pelajarilah HASIL yang diperdapat dengan menurut jalannya itu.

DIRI memperbaikki ke-ada-an sendiri dengan pengertian si DIRI yang didalam tadi memperbaikki apa yang ada pada kita iaitu yang terang badan yang mengandungnya, kerna DIRI yang dapat merasakan sakit senangnya kita.

Sekali jalan tetapi meliputi keseluruhannya, mungkin memperbaikki dua atau tiga ke-ada-an seperti :-

a. memperbaikki batang tubuh serta alat alat kalau ada yang kurang baik atau sakit,

b. adalah BADAN bagi DIRI alam. Dan untuk mengetahui ke-ada-an diluar, diukur dengan perasaan badan,. Buruk baik yang akan terjadi dapat kita merasakan LEBIH DAHULU sebab hidup yang bermasyarakat hubung menghubungi antara yang satu dengan yang lain.

Dengan praktik DIRI memperbaikki ke-ada-an itu terjadi sekali jalan iaitu memperbaikki apa yang ada diluar dan didalam batang tubuh kita.

c. memperbaikkki DIRI sendiri.






CARA MEMPERBAIKKI DIRI yang letaknya didalam tubuh kita ialah dengan yang kita namakan DIRI yang sudah memancar keluar. Semuanya itu kita ukur dengan Rasa Perasaan dengan menurutkan jalan perbuatan DIRI itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya DIRI itu, maka hendaklah kita lakukan PERJALANAN itu dengan BERULANG-ULANG sambil mempelajari nikmat dan nikmat yang terkandung didalamnya.


BAB SEMBILAN
MENGADAKAN PENGAKUAN
UNTUK MENDAPAT PENGAKUAN.

Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan. Siapa yang mengadakan pengakuan kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat ?

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan NIAT. Setelah kita mendapat kepastian tentang DIRI kita, maka hendaklah kita me-ada-kan PENGAKUAN terhadap ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang sebanyak TIGA KALI. Kalimah Syahadah yang bererti Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammmad Rasul Allah.

Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Alllah dan kita akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah HIKMAH yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah :-

PENGAKUAN dan PANGKAT atau MERTABAT

Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus berjalan ( bertarikat ) dan yang berjalan itu bukanlah badan kita melainkan DIA iaitu DIRI yang telah kita temui itu dan kita berjalan menurut JALANNYA.

Kalau kita yang diluar yang mencari Tuhan kemanakah kita akan pergi mencariNYA ? Masukkah diakal kita yang berupa dan bertampan dapat mencari dan menemui NYA yang tiadak berupa dan bertampan itu ?

Kita ketahui DIA ada dimana mana. DIA ada tetapi tiada, ke-ada-annya didalam TIDAK ADA, Bagi orang yang mahu berfikir dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab banyak meyakinkan akan ke-ada-annya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tiadak dapat memungkiri akan ADANYA Yang Maha Kuasa itu.







Akan dapatkah SI BADAN KASAR MENMUI YANG MAHA GHAIB ??? Tentu Tidak dan pasti tidak !!!!

DIRI yang ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan DIRIlah yang TAHU JALANNYA untuk KESANA, kerana DIA BERASAL dari SANA dan KESANA pula tempat kembalinya.

Lain halnya BADAN, yang dijadikan dari yang telah dijadikanNYA iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati badannya dikembalikan keasalnya iaitu tanah.

Dan adalah bagi kita setelah menemui DIRI sendiri, jalan untuk keSANA telah terbuka.

MENCARI YANG GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB juga. Para Arifin dan Budiman mengatakan SIAPA YANG MENGENAL DIRINYA MENGENAL TUHANNYA dan SIAPA YANG MENEMUI DIRINYA AKAN MENEMUI TUHAN DENGAN SENDIRINYA.

Sekarang kita telah menemui DIRI kita. Sudahkah kita menemui Tuhan kita ? Bagaimanakah kita menemuiNYa ? dan dalam keadaan bagaimanakah kita menemuiNYA ?

DIRI yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, kalau pintu telah terbuka akan berjalan dengan sendirinya pula.

Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang telah masuk kepada malam, Yang Hidup telah KELUAR daripada Yang Mati dan Yang Mati dari Yang Hidup, telah tahu diDIRI, bahkan telah MENEMUI DIRI dan telah punya PEGANGAN HIDUP.

Rupa-rupanya Pegangan Hidup selama ini adalah SALAH, tidak benar kerana berpegang kepada YANG MATI. Yang Mati yang dianggap Hidup sedang yang sebenarnya Hidup dan tidak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup,






sunggguhpun diketahui dengan pasti bahawa DIA ADA BERSAMA kita bahkan terkandung didalam badan kita.

ITULAH DIRI. DIRI ITULAH AKU dan AKULAH DIA ITU. ORANG YANG TIDAK TAHU diDIRI TIDAK BERPENDIRIAN

Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya AKU iaitu SIHIDUP LAGI TERANG jadi BUKAN SIMATI LAGI GELAP, sebelum berjalan keluar dari RUMAHKU untuk tujuan tertentu, lebih dahulu MEMPERBAIKKI KE-ADA-AN ku sendiri LUAR dan DALAM.

Setelah itu AKU berjalan MENMUI TUHANKU Yang Pengasih Lagi Penyayang untuk MENGADAKAN SUJUD SYUKUR TERHADAPNYA dengan MENGUCAP KATA PENGAKUAN DUA KALIMAH SYAHADAH

Dengan telah mengadakan Pengakuan itu jadilah AKU seorang Islam dengan erti yang sebenarnya dan adalah AKU seorang Muslim Sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia.

Dan adalah AKU seorang Musafir yang senantiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali kepengkalan iaitu Pokok Pangkal dari segala pangkal, Pokok Kejadian dari segala kejadian, Pokok Hidup dari segala kehidupan iaitu :-



BAB SEPULUH
HIDUP YANG KEKAL ABADI

Dari sana AKU datang dan kesana pula AKU kembali. Dan semenjak AKU MENEMUI DIRIku sendiri, AKU telah terlahir kembali dan Penemuanku itu menjadi Peganganku dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari hari.

Dengan membaca keteranganku diatas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayai aku ? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku melainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai, dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya aku menemuinya DIRIku semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba MEMECAHKAN dan MENURUTKAN jalanku ini.

Padanya banyak diperdapat petunjuk petunjuk dan dengan menurutkan jalannya DIRI itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.

Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana DIA telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya kerana pembawaannya Yang Hidup Lagi Berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk golongan MANUSIA LAMA yang tidak tahu DIRI YANG SEBENARNYA.

Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang dari alam sekelilingnya padanya. DIA sanggup menundukkan masa kerana DIA telah pandai menundukkan alamnya sendiri. DIA pandai membaikkan orang kerana DIA telah pandai membaikkan badan diri sendiri. DIA anti penjajahan kerana bukankah DIA selama ini terkongkong dan terkurung ?

DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana berasal dari YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana KEISTIMEWAANNYA terletak PADA DIRINYA bukan pada orangnya.

DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Bear dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman Allah ketika meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammmad SAW.




Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA TIDAK ADA BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tiak peduli siapa, DIA akan membuktikan akan kebenarannya.

Itulah dia AKU yang telah menjadi MANUSIA BARU. Aku telah mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapNYA Tuhan Yang Aku Sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang mendatangiku.

Jadi pengakuan Aku perdapat bukan langsung dari Tuhan melainkan melalui orang.

Dan adalah itu Pertanda bagi orang yang tahu.

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan NIAT. Perjalananku mencariNYa untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ILMUKU yang BERASAL DARI DIRI yang keluar mendatangkan DAYA-GERAK kepada anggota badanku, yang jalannya menembus hujung jari jarimu yang dapat dirasakan. Suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ADA kepada YANG TIADA dari TIADA kepada TIDAK ADA dan dari TIDAK ADA kembali kepada TIADA, dari TIADA kepada ADA.

Ditempat yang TIDAK ADA itu, TIDAK ADA YANG ADA, tidak ada gerak, tidak ada angin, tiada ribut, tidak ada yah ….. tidak ada apa apa ,……………….. YANG ADA HANYA ………………… yang tidak dapat aku mengatakan kerana disaat itu aku dalam keadaan TIDAK ADA pula.

Pada waktu itulah ditempat Yang Tidak Ada itu, aku kembali jadi ADA, menyampaikan niat dan maksudku menandakan Pengakuan seperti yang telah kusebutkan diatas tadi.

Untuk sampai kepada RASA PERASAAN TIDAK itu hendaklah kita lakukan BERULANG – ULANG YANG MERUPAKAN LATIHAN LATIHAN SAMPAI kita TERLATIH.

DISANA DI-HADIRATNYA – DITEMPAT TIDAK ADA – BERTEMULAH YANG MENCARI DENGAN YANG DICARI – YANG





DIJADIKAN DENGAN YANG MENJADIKAN – SEORANG HAMBA DENGAN KHALIKNYA – AKU DENGAN TUHANKU.

DAN ADALAH AKU DENGAN DIA – JAUH TIDAK BERANTARA – DEKAT TIDAK BERBATAS.




BAB 11
MENDUDUKKAN DIRI PADA TEMPATNYA

Telah jauh kia berjalan dan telah lama kita berjalan dibidang kehidupan. Banyak sudah lurah yang dituruni dan bukit didaki dan bermacam macam pula sudah gelombang hidup yang kita lalui untuk mencari sesuatu untuk keperluan sesuatu. Telah letih badan selama berjalan apalagi perjalanan yang dibawakan dengan tidak menentu arah tujuannya, kehendak hati belum dapat juga, tenaga sudah hampir habis, apa daya apa akal …. Apa harus dibuat ? Apa kita harus kembali ?

Pantang bagi sesaorng akan kembali, kalau yang dicari belum didapati atau yang dimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana mestinya ? Falasafah hidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan duduklah tetapi sebelum duduk berdiri terlebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat dituruti untuk mencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuai dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja, hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu.

Duduk sebagai seorang berilmu atau seorang ahli

Untuk mengetahui KEDUDUKAN DIRI YANG SEBENARNYA hendaklah kita turutkan JALAN yang telah kita ketemui itu, iaitu jalan Yang Hidup Lagi Berisi. Maka kecerdasan dan kearifan kita dapat meangkap, bahawa DIA SENDIRI telah duduk ditempatnya. Tanda tanda yang ditemui menunjukkan keadaan kita dimana tempat yang sebenarnya.

Telah kita ketahui bahawa duduknya didalam batang tubuh kita dan letaknya ditempatnya. Duduk beserta kita dan berjalan pun beserta kita juga.

Baginya tidak peduli apakah kita seorang pedagang besar atau kecil, pegawai tinggi atau rendah atau jadi apa sekalipun pokoknya pandai mendudukkan DIRI pada tempatnya kalau tidak, tidak akan dapat kehendak hati.







Bagiku AKU duduk ditempatku iaitu dirumahku, yah memang dirumah tempatku dan adalah DIRIKU yang banyak mengandung Rahsia itu ILMUKU.

Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin menampung segala galanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempuh tempuh aku berjalan yah aku berjalan tetapi aku duduk ditempat. Dimana sahaja aku ditempatkan aku tetap hidup.

Lapar aku makan, haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur aku tidak, itulah Rahsiaku dan itu pula Rahsia DIRIKU. Rahsianya telah menjadi Rahsiaku. Oleh kerana DIA HIDUP maka peganganku Yang Hidup itulah. Akulah Hidup itu mealiri seluruh batang tubuhku. Dan itulah AKU sekarang, besok, lusa dan nanti ( seterusnya )

Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui Yang Menghidupkan. Aku sudah berpengalaman, suka duka telah kulalui, derita jangan disebut lagi pengorbanan !! Yah hanya Tuhan Yang Tahu. Hidupku yang sudah sudah berpedoman kepada yang ada. Aku telah berkorban, hanya berkorban perasaan. Pengorbanan yang kukatakan itu ialah Cubaan dan Peringatan bagiku. Dan akhirnya tahulah aku bahawa pegangan hidupku SALAH. Aku berpegang pada Yang Mati yang kuanggap Hidup padahal dibalik yang kukatakan Hidup itulah SEBENARNYA HIDUP.

Hidup Yang Sebenarnya, kalau diumpamakan DIA HANYA SATU TITIK akan tetapi BERISI ALIRAN HIDUP sepanjang batang tubuhku.

ALIRAN HIDUP itu sekarang menjadi peganganku. Setelah aku menemui tahulah aku bahawa DIA itu ialah ALIRAN DIRIKU dan mengandung sangat banyak dayaguna.

DAN DUDUKLAH DIA DITEMPATNYA DAN LETAKNYA SAMAKU.
MENAMPUNG DANMENYELESAIKAN SEGALA YANG MENDATANG.








Pengalamanku bertahun-tahun ( 10 tahun ) dengan duduk menanti membawakan DIRI itu, banyaklah sudah Rahsianya aku ketahui dengan telah banyak pula bermacam-macam persoalan yang mendatangiku, telah keselesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan semuanya itu aku selesaikan BESERTANYA.

Sejarah hidupku sejak kecil penuh kesusahan. Akan tetapi setelah aku menemui GARIS HIDUP YANG SEBENARNYA yang dikurniakan Tuhan kepadaku yang aku jadikan ILMU PENGETAHUANKU iaitu ILMU HIDUP, Aku jadi hidup sebenarnya hidup dan bisa ( bolih ) hidup kerana jalan hidup yang menjadi peganganku sekarang ialah berisikan NIKMAT bukan yang dimurkai dan bukan pula SESAT.

Jalannya kehidupanku sendiri yang kutemui itu yang kepastiannya berasal dari dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui rahsianya aku pergunakanlah DIA untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan memuaskan dan sangat banyak daya gunanya yang telah aku ketahui. Pengalaman aku ambil menjadi GURUKU.

Aku berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar, menerima dalam memberi. Aku jadi murid waktu menjadi guru. Percubaan percubaan aku lakukan pada badan sendiri, pada anak anakku, pada isteriku, pada anak muridku dan pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku.

Aku yang tadinya dikenal orang sebagai buruh pada perusahaan bangsa asing, belakang dikenal dengan penilaian masing masing. Dan begitulah hidupku sekarang dengan rahsia Diriku. Aku telah lahir KEDUA KALINYA dan kelahiranku yang kedua terlahir dengan sendirinya.





BAB 12
MELAHIRKAN MANUSIA BARU

Gunanya MANUSIA BARU dilahirkan ialah untuk merubah CORAK HIDUP yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru caranya ialah dengan GAYA BARU.

Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita LAHIR KEMBALI untuk KEDUA KALINYA dan dengan DAYA TENAGA BARU kita perbaharui corak masyarakat yang tidak sesuai lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat dbaru dengan gaya baru.

Pahit getir dalam kurngan sewaktu terjajah kita telah alami dari itu makanya kita anti penjajahan dan tidak mahu pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekan penuh, peri kehidupan yang teratur dan tersusun dan layak sebagai manusia. Kita tidak akan menjajah melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkn jalan yang benr dan hidup berdampingan, duduk sma rendah berdiri sama tinggi, kerana berperikemanusiaan dalam ertikat yang sebenarnya.

Dri itu lahirlah dahulu untuk kedua kaliny. Kalu idk bolih dan yiddak sanggup melahirkan sendiri, minta lahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahirn baru itu pergunakanlah kecerdasan dan kearifan.

Temui DIRI sendiri terlebih dahulu perbaikki ke-ada-an DIRI itu dan pelajari kehidupan sendiri didalam dan ketahuilah apa itu DIRI YANG SEBENARNYA supaya kita berpendirian.

Lahir yang kedua kalinya itu bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si dIRI menembus alam sendiri dengan memancar pancaran yang berisi. Pancaran yang berisi itulah yang akan diperhatikan yang akan kita pelajari. Kerana isinya mengandung Rahsia iaitu RAHSIA DIRI.






BAB 13
TENAGA RUHANI DENGAN DAYA GUNANYA

DIRI yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi Aliran Kehidupan kepada badan menurut saluran saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mealiri seluruh batang tubuh kita yang dinamakan JASMANI dengan terdirilah pula RUHANI.

JASMANI ialah JASAD atau BADAN keadaanya POSITIF

DIRI yang memberi DAYA HIDUP mealiri badan atau jasad, maka dia merupakan gambaran dalam bentuk Jasmani, yang diberi nama RUHANI. Keadaanya TIDAK NYATA atau NEGATIF. Jadi adalah pada kita dua aliran iaitu Positif dan Negatif.

Sebenarnya didalam batang tubuh kita didapati ada DUA Aliran :-

a. Pertama Aliran Nyata iaitu Aliran JASMANI

b. Kedua Aliran Tidak Nyata Aliran DIRI / RUHANI

Kedua-dua aliran tersebut menjadi satu didalam tubuh kita. Aliran Ruhani berada didalam Aliran Jasmani.

Dan pokok-pangkal dari segala pergerakan ialah Aliran DIRI dan mendatangkan Aliran Jasmani.

Aliran Jasmani merupakan darah dan aliran Ruhani merupakan KARAN. Satu tetapi DUA. Keadaannya kandung mengandung. Jasmani mengandung Ruhani dan Ruhani terkandung didalam Jasmani.

Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Ruhani, kita kembali kepada JALAN yang telah kita temui iaitu JALANNYA DIRI yang telah menembus alam sendiri atau Badan sendiri.








Dengan telah menemui ALIRAN DIRI dengan sendirinya kita telah menemui pula ALIRAN RUHANI kerana ALIRAN DIRI itulah ALIRAN RUHANI. Dan adalah Aliran Ruhani itu Jalan bagi Aliran Diri.

Dan setelah kita dapat memahami keduanya maka dapatlah kita membezakan Jalan atau KARAN dan mana pula ISI.

Dan telah kita temui dan kuasai itu TENAGA Yang Tersembunyi yang amat banyak mengandung Rahsia iaitu Tenaga Ghaib dan letaknya ialah ditangan kita atau pada kita, asalnya dari DALAM. Dan adalah menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya kerana adalah DIA itu SERBAGUNA.

Untuk itu kita harus SERBATAHU. Ketahuilah DIRIMU lebih dahulu, supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia Dirimu itu.

DIRI itu berdiri dengan sendirinya. Ianya merupakan suatu kumpulan dari Zat Serba Zat iaitu suatu Zat. Hidup kerana berasal ( dari ) Diri yang hidup. Itulah dia anugerah, Kurnia Tuhan yang sebenar – benarnya kepada kita untuk hidup.

Segala Puji dan Puja kupersembahkan terhadapNYA Allah Tuhanku yang memerintah dan menjaga seluruh alam. Aku telah menemui itu isi yang serbaguna kerana aku telah tahu banyak mempergunakannya untuk kebaikanku dan kebaikan orang lain. Aku tidak dapat menyatakannya hanya dapat MERASAKANNYA terasa olehku dan terasa pula oleh orang yang menghubungi aku.

Aku meisi diriku dan aku meisi orang lain. Dn dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tidak habis habisnya. Dia ada padaku dan banyak diluarku. Dan banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui.

Yang banyak itu tidak menyusahkan aku, tidak memberatkan kerana aku tahu mendudukkannya pada tempatnya. Dia silih berganti mendatangiku DIRI ku dan DIA datang dan pergi bagiku. Kenapa bolih begitu ? Yah kerana mengetahuinya pintu telah terbuka bagiku hijap terbuka sudah.





Dan itu bintang yang banyak selain dari meisi bintangku bertaburan disekelilingku meisikan ganti berganti. DIA yang dikasihi telah menjadi kekasihku. Dan mungkinkah aku yang mengaihi yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya pula. InsyaAllah.

Dan banyak lagi yang aku belum diketahui. Aku masih mencari, memohon minta tambah ilmuku. Yang menjadi pertanyaan bagiku sekarang isi yang telah aku perdapat itu yang tidak dapat dinyatakan akan tetapi dapat dirasakan bolih dapat ditangkap oleh alat alat dari fizikal untuk dipelajari .

Aku yakin seyakin-yakinnya isi yang ada padaku itu tidak akan habis-habisnya, kerana sangat banyak diluar.

Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan. Aku ingin manusia cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendakki iaitu Damai, damai sekali lagi damai. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang aku maksud isi yang mempunyai jalan sendiri, iaitu jalan yang berpetunjuk yang berisikan nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.

Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukan segala sesuatu dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikirannya yang berasal dari otak, otak yang berasal dari tanah yang tidak bolih bebas dari Hawa Nafsu.

Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran HIDUP yang berisi termasuk otak kita dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan kerana dia bolih membebaskan Diri dari tekanan tekanan alam sekelilingnya termasuk Hawa Nafsu, syaitan, iblis dan sebagainya.

Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita dan tunjukkanlah jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang senang mencari jalan yang benar.

Sebelum menciptakan Perdamaian, damaikanlah DIRI terlebih dahulu. Bebaskanlah Diri dan tekanan tekanan yang menghalangi tujuan kita.





Semuga bekerja dengan isi itu terciptalah damai didunia ini kalau memang perdamaian yang akan dituju.

Saya sengaja pecahkan TENAGA GHAIB ini secara ilmiah untuk orang orang yang meminatinya, dan kepada siapa saja yang sanggup menemui dan menguasainya, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan perantaraanku atau dengan perantaraan muridku yang cerdas dan banyak mengetahui akan selok belok RAHSIANYA. Jalan yang baik dan membaikkan akan diturut, jangan jalan yang buruk yang akibatnya merusak atau menghancurkan. Tanya diri sendiri : Siapa aku, mahu kemana aku dan apa mahuku. Dan yang penting – dudukkanlah DIRI itu pada tempatnya.

Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa yang ada padaku aku serahkan padanya dan DIAlah yang jadi aku, oleh kerana aku mahu hidup dan Dialah yang hidup itu. Seluruh kehidupanku diatur dan disusunnya sendiri kerana DIAlah sebaik-baik pengatur dan penyusun. DIAlah yang tahu sebab DIA MAHA TAHU …… Aku duduk ditempatku dan adalah ilmunya menjadi ilmuku.

Rahsia DIRI ialah terletak pada kita. Diluarkah atau didalamkah kerana DIA ada diluar dan ada pula didalam. Ada pada kita dan ada pada orang ( lain ) Orang yang tidak tahu diDIRI tidak berpendirian. Dari itu ketahuilah DIRImu dan temuilah DIA dan pelajarilah Rahsianya.

Dengan DIRI engkau bolih menangkap segala-galanya. Diri yang lemah akan menjadi mangsa yang kuat. Dari itu perkuatlah Dirimu, perbesar, perkembanglah DIA. Diri yang kuat, yang besar dan sudah berkembang tidak bolih dipengaruhi oleh sesiapapun.

Perkuatlah DIA dengan jalannya, perbesarlah Dia dengan jalannya, perkembanglah Dia dengan jalannya. Untuk itu temuilah JALAN DIRI itu.

DIA kuat lagi benar, kerana berasal dari YANG MAHA KUASA dan YANG MAHA BENAR. Gunungkanlah itu setitis dua lautkanlah itu yang sekepal.






Dengan apa menggunungkan yang setitis dan dengan apa melautkan yang sekepal itu ? Jawabnya mudah shaja, iaitu dengan JALANNYA. Segala sesuatu selesaikanlah dengan JALANNYA, dan jalan itu telah kita punyai.

Berpegang teguhlah pada Jalannya dan jangan bercerai berai. Adalah Jalan itu merupakan mata rantai, kait berkait, rangkai berangkai dengan satu dan lain. Putus minta disambung, kusut minta diuraikan, keruh minta dijernihkan. Kusut dihujung benang, kembali kepangkal benang.

Kesemuanya diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan JALANNYA. Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan DIRI, hidupnya tidak bererti dan akan menjadi mangsa yang berDIRI. Kita akan diperalat kerana dianggap barang mati.

Dari itu KETAHUILAH DIRI. Carilah DIRI. TEMUILah dan PERGUNAKANlah DIRI SENDIRI supaya kita berpendirian. Dan hiduplah dengan DIRI supaya kita berpendirian.

DIRI yang dimaksudkan ialah DIRI YANG SEBENARNYA DIRI bukan Diri yang dibuat buat. DIRI yang duduk benar, tegak benar, berjalan benar kerana berasal langsung dari YANG MAHA BENAR.

DIRI itu JERNIH, BERSIH, SUCI. Dia HENING, TENANG, TIDAK ADA TETAPI ADA. DIA yang tidak ada ( kelihatan ) ada bersama kita sejak kita diadakan. DIA bersifat KETUHANAN kerana berasal dari TUHAN.

Jadi adalah yang telah ada bersama kita itu KETUHANAN tetapi BUKAN TUHAN. TUHAN TETAP TUHAN, Esa, Tunggal, tidak dua tidak tiga apalagi banyak.

KETUHANAN ada pada kita, ada pada orang lain dan ada dimana mana. Kenal mengenali satu sama lain, hubung menghubungilah, kerana tidak kenal maka tidak cinta.






Syaitan berdiri, Iblis berdiri dan Jin pun berdiri. Akan tetapi DIRInya tidak seperti DIRI MANUSIA, sama sama makhluk dijadikan Tuhan ( Cuma ) berlainan jenis. Mereka itu berasal dari API yang sifatnya merusak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia membawa kita keneraka, kerana dia tidak senang akan kejadian kita.

Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada ADAM dia tidak mahu. Mereka berkata : Patutkah kami sujud kepada orang yang engkau jadikan daripada tanah ? Dia meminta dipanjangkan umurnya sampai kiamat guna memusnahkan atau memperdayakan anak cucu orang itu dibelakang hari KECUALI YANG SEDIKIT.

Dan Yang Sedikit itu tidak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui Firman Allah.

Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan Diri Yang Berdirikan pada tanah dengan mudah terperdaya oleh syaitan kerana api itu bolih berdiri dan hidup diatas tanah. Dengan tidak disedarinya dia telah menjadi manusia Iblis kerana telah bersarang didalam tubuhnya yang berasal dibalik asal dari tanah itu.

Betapa tidak Iblis yang tidak nyata itu bagaimana bolih mengetahui kalau ia lupa keDIRInya ? Iblis bolih masuk melalui makanan, minuman, sedang tidur dan lain lain sebagainya dan lama didalam menguasai DIRI dan menutup sampai orang kehilangannya. Intan telah terbenam didalam lumpur.

Hanya dengan mengetahui DIRI – MENEMUI DIRI dan dengan jalannya DIRI, segala sesat dan yang menyesatkan itu bolih disapu bersih. Dari itu kenalilah DIRI, pelajarilah DIRI, temuilah dan turutlah jalannya DIRI yang telah ditemui itu.

Iblis yang berasal dari api itu akan hancur berantakan kalau kita ketahui DIRI kita. Dan itulah yang dimaksudkan dengan KECUALI YANG SEDIKIT itu. Yang sedikit itu ada pada tiap tiap orang, dari itu kemukanlah DIA dan pergunakanlah DIA.






SEDIKIT tetapi menakutkan, menggemparkan, tidak sanggup Iblis memperdayakannya, sebab DIA tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, berdiri dengan sendirinya. YANG SEDIKIT itulah RAHSIA. Rahsia kelebihan bagi yang mengetahui, menemui, mempergunakannya.

Seluruh makhluk akan sujud menyembah kepadanya, ingat akan kejadian kita waktu Tuhan akan menyuruh menyembah nenek moyang kita ADAM AS. Semuanya sujud kecuali Iblis. Dia engkar, tidak patuh pada Yang Maha Kuasa sedangkan Allah mengetahui yang tidak diketahuinya. Dia engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu. Dia berniat akan memusnahkan, memperdayakan kita manusia sampai kepada anak cucu cicit hingga hari kiamat.

Sekarang kita telah mendapat tahu Rahsia iaitu maksud dan rahsia Kalam Allah YANG SEDIKIT bahkan kita telah menemuinya pula. Apa yang kita takutkan lagi, kalau kita mahu kita akan sanggup menghancurkannya iblis itu. Bahkan kalau kita ketahui betul, melihat kita sahaja dia sudah lari, menyingkir dari kita.

Dengannya, kita tidak takut kepada sesiapa sahaja, kecuali Allah. Hanya Allah yang patut ditakuti. Yang Sedikit yang kita ketahui, hendaklah DIA kita temui dan punyai serta kuasai sehingga kita bolih mempergunakan daya gunanya yang banyak mengandungi rahsia itu.

Kecerdasan kita menjadikan DIA besar, memperkembangkan DIA menjadikan DIA bahkan lebih dari itu kerana DIA ada didalam dan diluar kita.

DIA sedikit, kita perbanyak, dia setitik kita gunungkan, Dia sekepal kita lautkan, sudah banyak kita perbanyak kerana DIA ada dilangit, dibumi dan dimana mana sahaja. Gali dan pelajarilah Yang Sedikit itu sampai dikuasai hendaknya.

Mereka bertanya kepada ENGKAU ( Muhammad ) mengenai RUH, jawablah : TIADA AKU DIBERITAHU TENTANG ITU KECUALI SEDIKIT. Bukankah Yang Sedikit Firman Allah kepada Muhammad itu sama dengan





Yang Sedikit yang tidak bolih diperdayai Iblis ? Muhammad Rasullullah diwahyukan Tuhan kepadanya rahsia Yang Sedikit. Ini kepada manusia MUHAMMAD yang telah diangkatnya, dijadikan utusanNYA.




BAB 14
KETAHUILAH DIRIMU

Ketahuilah bahawa tiap tiap orang, tiap tiap kita da itu ANUGERAH AGUNG, Kurnia Tuhan yang terrahsia letaknya pada kita. Dan selain terrahsia dia banyak mengandung rahsia.

Masing masing kita MENGANDUNGNYA. Supaya kita puas menjalankan kehidupan, maka lahirkanlah kandunan itu. Dengan kelahirannya maka terbukalah sudah Rahsianya. Hnya sedikit tetapi amat besar ertinya bagi kita, kerana DIA hidup dan menghidupkan kita.

Dan itulah DIA Yang Sedikit, RUHKU Firman Allah, sewaktu meniupkannya kedalam batangb tubuh ADAM. Bagi orang yang telah mengenlnya Tuhankah itu ? Tentu tidak. Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari Tuhan anak Tuhankah itu. Tentu bukan.

Dari itu kami yang telah menemuinya dan telah menjadikan diri kami DIA menamakan DIA yang telah berada bersama kita itu KETUHANAN. Orang mengatakan : Kenali DIRImu kerana siapa mengenal DIRINYA mengenal TUHANNYA dengan sendirinya.

Untuk mengenal DIRI secara positif, lahirkanlah kandungan masing masing. Dan setelah tahu diDIRI yang sebenarnya, akan tahulah kita bahawa kesalahan besar yang telah kita lakukan dalam membawa jalannya kehidupan. Suatu pandangan hidup yang salah, kerana Yang Mati dianggap hidup, sedang Yang Sebenarnya Hidup tidak diperdulikan.

Lahirlah,lahirlah manusia baru didunia. Semua orang semua umat semua manusia dimana mana didunia menunggu kedatangannya, kelahirannya.InsyaAllah.

Bagiku setelahmenemui JALANNYA aku pelajari DIA isinya serta Rahsianya. Maka tahulah aku akan DIA sebenarnya. Aku telah menemuinya DIRIKU yang sebenarnya. Dan dengannya, pada jalannya aku MENEMUI TUHAN Yang Maha Esa, ALLAH. Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan ALLAH, tidaklah dapat aku menceritakannya, kerana perjalananku dengannya, DIRIKU yang berasal dari SANA ialah :




DARI ADA KE TIADA
TIADA KE TIDAK ADA

Di TIDAK ADA itu, aku tidak dapat mengatakannya lagi, kerana segala apa yang ada padaku sudah tidak ada lagi, jadi apa yang akan aku katakan.

Dan dalam perjalanan kembali :

DARI TIDAK ADA kepada TIADA
DARI TIADA kepada ADA

Pengalaman perjalanan yang berulang-ulang memberi keyakinan disaat saat itu aku sudah di SANA pulalah aku didalam TIDAK ADA itu timbul menjadi ADA guna untk mengdakan PENGAKUAN dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah berulang ulang tiga kali.

Dan itulah aku sekarang yang tadinya dilahirkan telah melahirkan pula. Dilahirkan aku sebagai manusia dan aku melahirkan kandunganku yang penuh Rahsia. Aku dudukkan Diriku ditempatnya. Dudukku duduk menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaian segala sesuatu yang mendatangi aku itu, kuselesaikan dengan ilmuku yangterrahsia itu dan kesimpulannya penyelesaiannya ialah tahu mendudukkannya pula pada tempatnya.

Dan adalah aku hidup seperti musafir yang sentiasa dalam pengembaraan, dalam perjalanan kerana perjalananku belum sampai dibatasnya.

Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahir yang bolih dilihat orang dan perjalanan yang tidak bolih diketahui dan dilihat orang iaitu perjalanan dengan memegang Rahsia Yang Sedikit.

Dia mengetahui yang tidak diketahui orang
Pahlawan aku bukan … pujanggapun bukan
Hanya musafir ………………..
Cacat tubuh beta – letih tidak berdaya
Tetpi tetap bekerja ………
Semuga sumbangsihku




Menambah sari ilmu
Harum taman pertiwi ibu




BAB 15
PENGERTIAN HIDUP SEBENAR

HIDUP ialah mempunyai alam sendiri. Dia memberi kehidupan kepada Yang Ada. Yang diberikannya ialah ISI. Alirannya Hidup ertinya tiada mati atau tiada beku. Kebanyakan orang tidak pandai membawa Hidup kerana membawakan sendiri kehidupan sendiri tanpa ada pengertian tentang hidup itu.

Apakah ertinya HIDUP yang sebenarnya ?
Dan dimanakah letaknya Hidup itu ?
Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada dukakah, pada pangkat atau kekayaankah ? Atau pada apa ?

Letaknya HIDUP bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada hina, pada sengsara, pada suka, pada duka, pada harta atau wang, pada pangkat dan lain sebagainya.

Kesemuanya itu adalah AKIBAT dari perjalanan hidup yang telah kita lalui yang sedang dan yang akan kita lalui. Kambing, lembu, kerbau dan lain lain binatang tidak kaya bahkan tidak punya apa apa JUGA HIDUP.

Sebelum kita dapat mengerti apa itu HIDUP YANG SEBENARNYA hendaklah kita ketahui lebih dahulu bahawa HIDUP itu ada diDIRI kita dan DIRI itu ada didalam batang tubuh kita. Dan DIA meisi kehidupan kita.

Diwaktu kita menjalankan kehidupan kita diluar untuk memenuhi keperluan lahir, adakah DIA kita bawa serta ? Tentu orang akan mengatakan ADA kerana DIA telah berada bersama kita sejak kita diadakan.

Aku akan mengatakan TIDAK kerana sungguhpun kemana saudara pergi DIA ada bersama saudara tetapi untuk melancarkan usaha saudara DIA tidak saudara bawa serta dengan ertinya yang sebenar.

Pembawaan saudara itu, walaupun DIA ada, tetapi tidak ikut berjasa pada usaha saudara diluar, hanya didalam sahaja. Jadi adalah untuk usaha saudara disegala bidang, ke-ada-an nya passif, tidak aktif. Dan untuk mengaktifkannya perlu DIA selain diketahui ke-ada-an nya juga kita



harus mengerti caranya dan kita usahakan supaya DIA selain meisi kehidupan kita didalam juga meisi kehidupan kita diluar. Beruntunglah orang yang dapat mengetahui, menemui dan mengerti cara dan keadaannya : Surah Ar Rum : Ayat 08

Tidakkah mereka memikirkan apa yang didalam DIRInya sendiri !!!

Ada apa diadalam diri kita itu ?

Kita telah menemui DIRI kita dan telah mengetahui pula. Dan sudahkah kita mengetahui terdiri dari apa itu DIRI dan ada apa didalamnya ?

Untuk ini hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu DIRI yang telah kita ketemui. Semenjak kita telah menemui itu DIRI bererti DIA telah ada. Keadaannya bersama kita. Kita pelajari DIA untuk mengetahui dan mendapat ISINYA. Kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya iaitu JALANNYA.

Jalannya itu berisi, kerana DIA meisi kehidupan kita didalam. Adalah keadaannya tidak ubah sebagai butir butir darah melalui pembuluh darah. Hanya beza keadaannya berlainan satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata.

Dan adalah yang dinamakan DIRI itu, kumpulan umpulan dari ISI ISI atau butir butir HIDUP yang berasal dari HIDUP yang didatangkan oleh YANG MAHA ESA. DIA hidup lagi menjaga. Dan adalah kandungan DIRI itu ZAT serba ZAT. ZAT tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan didalam dan seluruh alirannya menimbulkan RUHANI yang berupakan gambaran dari JASMANI.

Dapat diketahu bahawa pada kita ada DUA TENAGA HIDUP.

Yang pertama TENAGA LAHIR dan yang kedua TENAGA BATIN atau TENAGA GHAIB. Tenaga Lahir berasal dari TENAGA HIDUP yang dihidupkan yang menjadi TENAGA JASMANI. Tenaga Jasmani ini datangnya dari Zat makanan yang kita makan dan minum.





TENAGA BATIN atau TENAGA GHAIB pula berasal dari Tenaga Hidup Yang Sebenarnya Hidup yang ada didalam dan diluar batang tubuh kita ( udara ) Keadaannya didalam batang tubuh kita menjadi Pokok Kehidupan kita seumpama setitis air embun didaun talas atau daun keladi, hening, jernih tetapi lekat pada daun.

Untuk Kebahagiaan hidup kita, hendaklah kita hidupkan Yang Hidup itu, seperti kata pepatah : Yang setitis minta digunungkan. Perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu menghasilkan sekepal dan untuk kehidupan selanjutnya hendaklah yang sekepal itu kita lautkan kerana kita akan mengharungi lautan hidup.

Dalam Ilmu Kejiwaan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu bererti membesarkan jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui beralun dan bergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku berlurah dan berbukit, berduri dan dibalik itulah yang dinamakan BAHAGIA.

Untuk itu kita harus pandai membawakan Hidup, pandai membawakan DIRI dengan pengertian yang didalam kita mesti kenal betul betul terlebih dahulu iaitu yang mana itu HIDUP dan yang mana itu DIRI.

HIDUP itu letaknya pada Ketenangan dan pada Ketabahan yang keluarnya menyatakan Kebesaran Jiwa, bukan sombong, takbur dan angkuh. Dari itu ketahuilah DIRI dan HARGANYA DIRI. Orang yang tahu Harga Diri tidak akan menjual Dirinya.