Manuskrip Dr Bagindo Muchtar -DIRI YANG KUKENAL..Menemui DIRI Imam Al-Ghazali MISYKAATUL ANWAR.
Khamis, 17 Februari 2011
MISKAATUL ANWAR - -ENTRI 9
Bahagian Kedua
Pengetahuan tentang ibarat atau perumpamaan mukaddimah kepada penerangan tentang perumpamaan misykaat, lampu, kaca, pokok, minyak dan api.
Penerangan bagi perumpamaan atau ibarat ini melibatkan dua perkara penting; yang sangat luas bidangnya. Tetapi di sini saya berikan ringkasannya sahaja.
Pertama: Ilmu pengetahuan dan cara (method) perumpamaan, bagaimana ruh atau isi tanggapan (idea-idea) itu terkandung dalam perumpamaan tersebut; perkaitan antara keduanya; keadaan batin persamaan ini antara Alam Deria (Alam Pancaindera) sebagai acuan dan kebendaan kepada perumpamaan dan Alam Tinggi yang dirinya turunnya tanggapan idea.
Kedua: Peringkat-peringkat bagi beberapa ruh pada tanah liat (badan) kita, dan darjah cahaya yang ada pada tiap-tiap satunya.
Kita bincangkan perumpamaan yang kedua ini untuk menerangkan yang pertama itu.
A. Zhohir dan batin dalam perumpamaan: Jenis dan pasangan sejenisnya
Alam ini terbahagi kepada dua iaitu;
• Alam Ruhani dan Alam Kebendaan atau
• Alam Deria dan Alam Aqal atau
Alam boleh juga dikatakan Alam Tinggi dan Alam Rendah.
Semua istilah-istilah alam tersebut adalah hampir ertinya antara satu dengan yang lain. Perbezaan hanya pada segi pandangan sahaja.
• Jika saudara anggap kedua-kedua Alam itu dari seginya masing-masing, maka saudara menggunakan istilah pertama (Alam Ruhani dan Alam Kebendaan)
• Jika berkaitan dengan anggota yang melihatnya, maka itu adalah yang kedua (Alam Deria dan Alam Aqal).
• Boleh juga saudara katakan Alam Zhohir dan Alam Ghaib.
Tidaklah hairan kenapa ada juga penuntut-penuntut yang mengkaji ilmu ini terkeliru tentang banyaknya istilah-istilah itu dan menyangka banyak pula tanggapan atau idea yang dimaksudkan. Tetapi bagi orang yang mengenal hakikatnya, mereka tidak akan menyangka istilah-istilah itu yang terpenting. Yang terpenting ialah maksud atau tanggapan yang dibawa oleh istilah-istilah itu.
Tetapi orang yang kurang pintar mungkin menganggap sebaliknya- iaitu ia mementingkan istilah dan tidak mementingkan maksud atau isinya. Pada pandangan mereka istilah itulah punca atau sumber tempat hakikat itu terbit. Berkenaan dua jenis pandangan fikiran itu. Al-Quran menerangkan,
"Siapakah yang lebih benar dipimpin, orang yang berjalan dengan mukanya tertunduk ke bawah, atau orang yang berjalan lurus tegak?"
1. Dua alam: Jenis dan pasangan sejenisnya
Demikianlah tanggapan atau idea penting kedua-dua alam tersebut. Kemudian saudara hendaklah tahu bahawa Alam Tinggi itu tidak ternampak oleh kebanyakan orang, tetapi Alam Rendah ataupun Alam Nyata itu ternampak oleh semua orang, kerana ianya adalah Alam Deria {Alam Pancaindera} dari tempat Alam Deria atau Alam Nyata inilah; kita naik ke Alam Akal atau Alam Rohani.
Berjalan untuk menuju ke Alam Tinggi itu akan terhalang jika tidak ada perhubungan antara kedua alam itu. Jika pengembaraan ke atas itu tidak mungkin, maka tidak mungkin jugalah kita hendak menghampiri ke Hadirat Ilahi. Tidak ada seorang pun akan sampai hampir di sisi Allah, kecuali kakinya berdiri di tengah-tengah majlis atau bidang Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci itu.
Apa yang kita maksudkan dengan istilah atau perkataan "Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci" itu ialah alam yang melampaui jangkauan atau capaian deria pemikiran atau khayalan. Kerana menurut hukum {undang-undang} tertinggi itu, bahawa ruh yang mana asing kepada alam itu tidak keluar dan tidak masuk ke alam itu; maka kita gelarkan ianya majlis atau bidang Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci. Maka ruh manusia yang menjadi saluran penzohiran (manifestasi) Yang Maha Tinggi itu, bolehlah barangkali digelarkan "Lembah Suci " (Al- Quran)
Majlis atau bidang Ketuhanan ini terdiri daripada majlis, atau bidang-bidang yang lebih kecil. Setengah daripadanya masuk lebih jauh dari yang lain ke dalam tanggapan atau idea-idea Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci ini. Tetapi istilah "Majlis atau bidang" ini meliputi semua peringkat yang kecil-kecil itu.
Dari kerana itu janganlah saudara sangkakan istilah-istilah ini mempunyai maksud-maksud tersembunyi yang tidak difahami oleh orang-orang yang mempunyai makrifat. Di sini saya tidak mahu melanjutkan perkara ini kerana asyik dengan menerangkan istilah-istilah ini menyebabkan saya terkeluar dari tajuk perbincangan kita. Terpulanglah kepada saudara untuk mengkaji istilah-istilah tersebut.
Sekarang kita kembali kepada perkara perbincangan kita. Seperti yang kita katakan duhulu, Alam Nyata ini adalah tempat bertolak ke Alam Tinggi itu. Ayat yang bermaksud "Kemajuan pengembaraan di jalan yang lurus" bererti menuju ke tempat yang tinggi itu. Ini boleh juga dikatakan "Al-Iman" dan "Tempat kediaman bimbingan yang benar". Jika tidak ada perhubungan antara kedua-kedua alam tersebut, maka tidaklah boleh naik seseorang itu dari satu alam ke alam yang satu lagi itu. Allah memberi RahmatNya kepada Alam Nyata seperti juga diberiNya kepada Alam Ghaib itu.
Oleh itulah, tidak ada satu benda pun dalam Alam Nyata ini yang tidak menjadi simbol atau perumpamaan kepada perkara-perkara di dalam Alam ghaib itu. Alam Nyata ini adalah simbol atau atau qias atau ibarat atau perumpamaan Alam Ghaib. Mungkin juga satu benda di alam ini menjadi simbol atau bayangan atau kiasan beberapa perkara di Alam Ghaib, begitu juga satu perkara dalam Alam Ghaib itu mungkin mempunyai beberapa simbol atau bayangan di Alam Nyata ini. Kita katakan sesuatu itu sejenis atau simbolik(seumpama) apabila nyata mempunyai dan bersesuaian dengan pasangannya itu dalam beberapa aspek.
Menghitung sepenuhnya semua simbol-simbol atau perumpamaan-perumpamaan ini akan bererti menghitung semua benda-benda dan perkara-perkara dalam dua alam tersebut. Tidak ada makhluk yang dapat membilang dan menghitungnya. Kebolehan manusia tidak cukup untuk mengetahuinya di masa lampau dan dengan umur kita yang pendek ini, kita tidak dapat menghuraikan sepenuhnya. Pada masa kini yang dapat saya terangkan kepada saudara ialah satu contoh sahaja yang besar dan luas yang diambil penerangan dan kesimpulan dari yang kecil dan sempit, kerana pintu penyelidikan kepada rahsia-rahsia ilmu ini masih dibukakan kepada saudara.
Rabu, 16 Februari 2011
MISKAATUL ANWAR - -ENTRI 7 & 8
7. Wajah Allah: Penerangan "mendalam" tentang perhubungan cahaya-cahaya ini dengan Allah..
Mungkin saudara ingin benar hendak tahu berkenaan wajah yang mana cahaya Allah itu dikaitkan dengan langit dan bumi, atau pun wajah yang mana Dia itu sendiri cahaya langit dan bumi. Inilah yang hendak kita bincangkan sekarang.
Sekarang saudara telah tahu bahawa Allah itu cahaya, dan yang lain dari Dia tidak ada cahaya. Setiap cahaya adalah Dia, dan juga cahaya keseluruhan adalah Dia juga.
• Oleh kerana cahaya itu bermaksud sesuatu yang menzhohirkan atau yang menampakkan yang lain; atau
• lebih tinggi iaitu bermaksud sesuatu yang dengannya dan untuknya yang lain dizhohirkan
• bahkan lebih tinggi dari itu lagi iaitu bermaksud sesuatu yang dengannya untuk dirinya dan dirinya yang lain terzhohir.
Sekarang saudara tahu juga bahawa apa sahaja digelar cahaya yang sebenarnya ialah sesuatu yang dengannya, untuknya, dan diri yang lain itu terzhohir atau ternampak. Cahaya ialah yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya itu timbul dalam dirinya, dari dirinya dan untuk dirinya. Cahaya tidak datang dari sumber yang lain. Cahaya yang sedemikian itu tidak lain tidak bukan hanya Allah sahaja.
Saudara juga telah mengetahui bahawa langit dengan bumi ini dipenuhi dengan cahaya, yang bersangkutan dua peringkat cahaya, iaitu pandangan mata dan pandangan akal.
Cahaya yang pertama itu ialah apa yang kita lihat di langit seperti matahari, bulan dan bintang; dan apa yang kita lihat di bumi, seperti sinaran cahaya yang melimpahi seluruh muka bumi, yang menampakkan semua warna, bentuk, binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda lain dalam semua keadaan; dan jika tiada cahaya ini, maka tidaklah kita nampak warna, atau tidaklah ada warna.
Tiap-tiap bentuk dan saiz (besar atau kecil) yang terlihat oleh kita adalah diketahui oleh warna, dan tidak mungkin melihatnya tanpa warna.
Berkenaan cahaya Akal, maka Alam Tinggi itu dipenuhi oleh cahaya itu, iaitu seperti kejadian malaikat; dan Alam Rendah ini pun dipenuhi oleh cahaya itu iaitu seperti hidup (nyawa) binatang dan hidup manusia. Susunan atau keadaan Alam Rendah ini dizhohirkan dengan cahaya malaikat. Inilah susunan atau keadaan yang disebut oleh Allah;
• "Dialah yang membentuk kamu dari tanah, dan menampakkan kamu di permukaan bumi, agar Dia menjadikan kamu sebagai khalifah di atas muka bumi" dan
• "menjadikan kamu khalifah di muka bumi', dan
• "Sesungguhnya aku adalah khalifah di muka bumi". (Al-Quran)
Oleh yang demikian, saudara lihat bahawa seluruh alam ini dipenuhi oleh cahaya pandangan zhohir dan cahaya Aqal Batin, dan juga cahaya-cahaya tingkat rendah ini dipancarkan atau dikeluarkan kepada satu dari yang lain. Umpama cahaya yang keluar dan terbit dari sebuah lampu; sementara lampu itu sendiri ialah Cahaya Kenabian yang tinggi. Ruh-ruh Kenabian itu dinyalakan dari ruh-ruh yang tinggi, seperti lampu dinyalakan api, dan ruh-ruh yang tinggi ini dinyalakan kepada satu dari yang lain.
Susunan ini adalah berperingkat-peringkat ke atas. Semua ini naik naik ke atas sampai ke cahaya bagi segala cahaya. Sumber dan punca segala cahaya iaitu Allah. Semua cahaya-cahaya lain adalah pinjaman dari Allah dan Dialah sahaja cahaya sebenarnya. Segalanya datang dari cahayaNya, bahkan Dialah segala-galanya. Dialah yang sebenarnya ada. Tiada cahaya kecuali Dia. Cahaya yang lain hanya cahaya wajah yang menyertaiNya, bukan terbit dari diri mereka sendiri..
Oleh yang demikian, wajah dan muka segala sesuatu menghadap kepada Dia dan menghala kepadaNya. Firman Allah;
"Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". (Al-Quran).
Tiada Tuhan selain Dia, kerana perkataan "TUHAN" itu menunjukkan sesuatu yang kepadaNya semua muka menghadap dalam ibadat dan dalam penyaksian Dialah Tuhan. Saya (Imam Ghazali) maksudkan iaitu muka atau wajah manusia iaitu hati manusia, kerana hati itulah cahaya dan ruh. Bahkan sebagaimana;
"TIADA YANG DISEMBAH MELAINKAN DIA",
maka begitulah juga ;
"TIADA YANG MENYEMBAH SELAIN DIA",
kerana perkataan "DIA" itu membawa maksud sesuatu yang boleh ditunjukki. Tetapi dalam tiap-tiap perkara dan sebarang keadaan dan hal, kita boleh menunjuk sahaja. Setiap kali saudara menunjuk sesuatu, tunjukkan itu pada hakikatnya adalah kepada Dia, meskipun saudara tidak sedar oleh kerana kejahilan saudara tentang hakikat bagi segala hakikat, yang mana telah kita bincangkan dulu.
Seseorang itu tidak mungkin menunjuk cahaya matahari, tetapi boleh menunjuk matahari. Maka begitu jugalah halnya dengan perhubungan segala sesuatu (makhluk) dengan Allah. Perumpamaan perhubungan makhluk dengan Allah adalah seperti perhubungan cahaya matahari dengan matahari.
Oleh itu, ucapan "TIADA TUHAN SELAIN ALLAH" adalah ucapan tauhid kebanyakan orang.
Tetapi ucapan tauhid sedikit orang(yang mempunyai makrifat) ialah "TIDAK ADA DIA MELAINKAN DIA".
Yang pertama untuk orang awam, dan yang kedua itu untuk "orang khusus". Yang kedua itu lebih benar, lebih tepat dan lebih sesuai. sudah sewajarnyalah orang yang mengucap demikian itu memasuki Alam Keesaan (Uluhiyah) dan Ketunggalan yang Maha suci dan Mutlak; Kerajaan Yang Maha Esa dan Maha Tunggal, dan inilah peringkat atau kedudukan terkahir kenaikkan manusia.
Tidak ada tingkatan yang lebih tinggi dari itu lagi; kerana "NAIK" itu melibatkan berbilang-bilang (banyak) seperti melibatkan dua tingkatan naik "DARI" dan naik "KE". Apabila berbilang-bilang telah lenyap, maka terdirilah Keesaan. Perbandingan tidak ada, semua isyarat atau pengucapan dari "SINI" ke "SANA" pun tidak ada. Tidak ada lagi "TINGGI" atau "DALAM". Tidak ada "ATAS" atau "BAWAH".
Dalam tingkatan tersebut, naik ke atas lagi bagi ruh, tidak mungkin, kerana tidak ada lebih tinggi daripada yang paling tinggi. Tidak ada berbilang-bilang (banyak) di samping Esa dan Tunggal. Di sini berbilang-berbilang telah habis. Tidak ada kenaikkan (Mikraj) lagi bagi jiwa dan ruh. Jika ada pun, ia adalah "pertukaran di sini".
Maka pertukaran itu ialah "Turun ke langit yang paling rendah"; sinaran dari atas ke bawah, kerana yang paling tinggi itu, meskipun tidak ada lebih tinggi lagi dari takat itu, tetapi ada yang rendah. Inilah matlamat (tempat paling tinggi) dari segala matlamat. Tempat paling tinggi ialah matlamat terakhir yang dicari oleh ruh, yang diketahui oleh mereka yang tahu dan kenal, tetapi dinafikan oleh mereka yang jahil. Ini termasuk dalm bidang Ilmu Tersembunyi yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali orang yang mempunyai makrifat. Sekiranya mereka memperkatakan ilmu ini, ia akan dinafikan oleh orang-orang yang Jahil tentang Allah.
Tidak ada salahnya orang-orang yang mempunyai makrifat ini menyebut; "Turun ke langit yang paling rendah" iaitu turunnya seorang malaikat; meskipun seorang daripada mereka itu telah disangkakan membuat penerangan yag kurang wajar. Dia tenggelam dalam Keesaan Allah, dan berkata, bahawa Allah telah "turun ke langit paling rendah" bahawa penurunan ini adalah penurunannya, diibaratkan kepada cara-cara keadaan Alam zhohir, maka digunakan perumpamaan tersebut. Dia (orang yang tenggelam dalm Keesaan Allah itu) itulah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi Muhammad SAW.;
"Aku menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar; matanya yang dengannya dia melihat; lidahnya yang dengannya dia bercakap".
Jika Nabi itu menjadi telinga, mata dan lidah Allah, maka Allah sahajalah yang mendengar, melihat, bercakap. Dialah juga yang dimaksudkan dengan dengan firmanNya kepada Nabi Musa;
"Aku sakit, tetapi engkau tidak mengunjungi Aku".
Menurut ini, pergerakan badan orang-orang yang betul-betul beriman dengan Kesaan Allah itu adalah dari langit yang paling rendah itu, dan Aqalnya dari langit yang lebih tinggi dari langit yang kedua itu. Dari langit Aqal itu dia naik ke atas ke sempadan di mana makhluk tidak boleh naik lagi, iaitu Kerajaan Ketuhanan Yang Maha Esa, tujuh lapis dan selepas itu "Dia duduk di atas singgahsana" tauhid dan situ "Memerintah" seluruh lapisan-lapisan langit itu.
Orang telah tamat pengembaraan sedemikian rupa, maka ayat ini boleh dipakai kepada dia;
"Allah menjadikan Adam menurut bayanganNya"
Apabila ayat ini direnungi dan difikirkan secara mendalam, maka diketahulah bahawa maksudnya adalah serupa dengan kata-kata;
"Akulah Yang Haq(Tuhan)". "Maha suci Aku"
atau sabda Nabi SAW. bahawa Allah berfirman;
"Aku sakit, tetapi engkau tidak mengunjungi Aku" dan
"Akulah telinganya, matanya dan lidahnya".
Eloklah sekarang kita hentikan perkara ini kerana saya(Imam Ghazali) fikir saudara belum ada mendengar lebih dari apa yang sampaikan ini.
8. Perkaitan cahaya-cahaya ini dengan Allah; Penerangan yang lebih mudah.
Mungkin saudara susah hendak faham dengan penerangan yang tersebut dahulu itu. Maka saudara rasa payah hendak faham. Maka di sini saya akan memberikan penerangan yang lebih mudah, agar saudara dapat memahaminya.
Maksud "Allah itu cahaya langit dan bumi " boleh difahami jika dikiaskan kepada cahaya biasa yang nampak itu. Apabila saudara melihat warna tumbuhan-tumbuhan disiang hari- katalah warna hijau - saudara tentu menyangka yang saudara melihat warna, dan mungkin saudara mengatakan saudara hanya melihat warna, tidak ada yang lain lagi. Seolah-olah saudara mengatakan "Saya tidak nampak yang lain kecuali warna hijau ".
Memang banyak orang berdegil mengatakan demikian. Kata mereka perkataan " cahaya " itu tidak ada ertinya, hanya kosong, kata mereka apa yang nampak hanyalah warna. Dengan demikian, mereka menafikan adanya cahaya meskipun cahaya itulah yang paling terang dan nyata sekali terzohir daripada benda-benda lain. Kenapa tidak? Kerana dengan adanya cahaya itulah benda-benda itu terzohir atau ternampak. Kerana cahaya itu sendiri boleh kelihatan dan membuat benda-benda lain kelihatan, sebagaimana yang kita bincangkan dulu.
Tetapi apabila matahari terbenam dan lampu langit lenyap dari pandangan, dan bayangan atau gelap malam datang, maka barulah orang-orang ini sedar adanya perbezaan antara bayangan atau gelap dengan cahaya. Maka barulah mereka meyakini bahawa cahaya itu memang ada disebalik semua warna dan dilihat bersama warna.
Bolehlah dikatakan bahawa oleh kerana paduan persatuan cahaya dengan warna itu, hinggakan cahaya itu tidak disedari ada di situ, mungkin kerana terlampau terang dan nyata inilah menyebabkan cahaya kelihatan.
Mungkin kerana terlampau tarang dan nyata inilah menyebabkan cahaya tidak kelihatan, kerana sesuatu yang melampaui dari sempadan hadnya akan masuk ke wilayah yang berlawanan dengannya.
Jika penerangan ini telah jelas kepada saudara, maka saudara hendaklah tahu selanjutnya iaitu mereka yang dikurnai dengan pandangan sedemikian ini akan melihat Allah di samping sesuatu benda itu. Mungkin ada yang berkata;
" Tidak saya lihat sesuatu pun melainkan saya lihat Allah dahulu ".
Kerana ada di antara mereka yang melihat benda-benda melalui Allah dan dalam Allah. Ada pula yang melihat sesuatu benda itu dulu dan kemudian nampak Allah, dalam dan melalui benda-benda itu. Kepada kelas ( golongan ) yang pertama itu, Al-Quran ada menerangkan;
" Tidakkah cukup bahawa Tuhanmu melihat semuanya?".
Kepada kelas yang kedua ini dengan ayat;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda kami dalam seluruh alam dan diri mereka sendiri ".
Bagi kelas ( golongan ) pertama, mereka melihat Allah terus; dan yang kedua melihat Allah melalui perbuatan-perbuatan atau kerja-kerjaNya(Allah). Yang pertama itu golongan Aulia Allah; dan yang kedua itu golongan orang-orang Arif " yang telah yakin dalam ilmunya." Selain dari dua golongan tersebut, tidak lain hanya orang-orang yang lalai; di muka mereka ada hijab (tabir).
Oleh yang demikian saudara mengetahui sekarang bahawa dengan adanya cahaya itu membolehkan mata kasar melihat dan nampak dan Allah itu membolehkan mata batin manusia melihat dan nampak kerana Allah itu ada bersama segala sesuatu setiap ketika dan Dialah yang menampakkan segalanya itu.
Meskipun ada persamaan antara kedua itu, namun perbezaannya ada juga. Cahaya biasa itu boleh hilang apabila matahari terbenam, dan datanglah gelap yang menjadi hijab. Tetapi Cahaya Ketuhanan itu tidak boleh hilang. Cahaya itu mesti ada untuk membolehkan penglihatan. Mataharinya tidak pernah terbenam. Ia kekal selamanya dengan semua perkara.
Oleh itu cara membezakan (sebagai cara untuk membezakan wujudnya Allah dengan perbuatanNya) tidaklah berupaya kita. Jika rupa Allah itu boleh dilihat, maka akan hancurlah langit dan bumi ini; dan oleh itu, melalui pembezaan, akan menerbitkan kesan dalam fikiran, yang serentak memaksa pengenalan kepada sebab yang dengannya semua perkara ternampak zohir. Tetapi sebagaimana yang kita lihat, semua kejadian tetap sama dan tidak berubah-ubah pada pandangan kita kerana Ketunggalan yang menjadikan mereka itu. Kerana "segala sesuatu memuji Dia" (Al-Quran).
Ini bererti bukan setengah-setengah perkara tetapi adalah segala-galanya, dan bukan kadang-kadang tetapi adalah sentiasa. Dengan itu, pembezaan ini tidak timbul, dan jalan menuju melihat rupa Allah itu terhalang. Kerana jalan yang paling terang menuju mengenal benda-benda ialah melalui pertentangan atau lawannya. Benda-benda yang tidak ada lawan ( OPPOSITE ) atau sebaliknya, dan keadaanya sentiasa serupa apabila kita melihatnya, akan menyebabkan besar kemungkinan pandangan kita disilapkannya.
Dalam hal ini, gelap atau tidak terang itu adalah akibat dari terlalu terang dan nyatanya, dan dikelirukan atau disilapkan oleh sinarannya yang terang itu. Maha Suci dan Agunglah Allah yang melindungkan dirinya dari makhlukNya dengan kerana terangNya itu, dan terhijab dari pandangan makhluk melalui SinarNya sendirinya yang terang benderang itu.
Mungkin juga keterangan ini tidak difahami oleh setengah-setengah orang yang kurang pintar, dan mereka yang membaca keterangan saya berkenaan " Allah bersama dengan segala sesuatu", kerana cahaya ini ada bersama segala sesuatu. Mungkin mereka memahami bahawa Allah itu ada setiap " tempat ". Maha Suci dan Maha Tinggi Allah itu dikaitkan dengan " tempat ".
Tidak usahlah kita menyangka yang tidak terjangkau oleh akal. Saya tegaskan bahawa Allah itu terawal atau terdahulu dari segala-galanya, dan diluar had sempadan jangkauan pemikiran makhluk. Dia menzohirkan segala-segalanya. Bahawa "Yang menzohirkan " itu tidak boleh dipisahkan diri "Yang menzohirkan", menurut segi pandangan si pemikir. Inilah apa yang kita maksudkan bahawa Allah bersama dengan segala sesuatu.
Saudara juga tentu tahu selanjutnya bahawa "Yang menzohirkan" itu adalah terdahulu dan terlampau tinggi dari jangkauan "Yang menzohirkan", meskipun dia "bersama" nya. Dia "bersama" nya dari satu aspek (wajah) dan "terlampau jangkauan" nya dari aspek yang lainnya.
Janganlah dianggap di sini ada pertentangan atau perlawanan (CONTRADICTION). Atau, fikiranlah bagaimana dalam Alam deria (yang mana tempat yang paling tinggi ilmu kita boleh maju ke atas) gerak tangan "bersama " dengan gerak banyangnya; namun begitu gerak tangan itu terdahulu dari banyangnya itu juga.
Barangsiapa yang tidak cukup pintar untuk menyikirkan ini, maka hendaklah ia meninggalkan penyelidikan tentang perkara ini, kerana:-
"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya. "
Selasa, 15 Februari 2011
MISKAATUL ANWAR ---ENTRI 6
Hakikat bagi segala Hakikat.
Dari titik permulaan inilah makrifat Allah naik ke atas dari Majazi (bukan sebenarnya) kepada Hakiki. Ibarat memanjat dari tanah rendah ke gunung yang tinggi, dan di tingkat akhir kenaikkan mereka itu dapatlah mereka melihat bahawa sebenarnya tidak ada yang lebih wujud kecuali Allah sahaja dan "segalanya binasa kecuali wajahNya" (Al-Quran).
Bukanlah binasa dan hancur serta di masa-masa yang tertentu, tetapi adalah binasa dan hancur musnah sentiasa. Apa sahaja selain Allah, apabila dipandang dari segi dirinya, adalah pada hakikatnya, tidak wujud. Wujud yang ada pada sesuatu selain Allah itu adalah semata-mata pemberian Allah jua. Allah yang memberi makhluk itu wujud. Wujud makhluk itu bergantung kepada Wujud Allah. Oleh yang demikian, Wajah Allah itulah yang sebenarnya Wujud.
Tiap-tiap sesuatu itu ada dua wajah. Wajahnya dan Wajah Allah. Wajahnya itu tidak ada apa-apa, tetapi Wajah Allah itulah yang sebenarnya Wujud. Dengan itu, tidak ada Yang Wujud kecuali Allah. Segala-gala yang lain adalah binasa dan hancur lebur, melainkan Allah yang berkekalan sentiasa.
Orang-orang yang mempunyai makrifat seperti ini tidak perlu menunggu kebangkitan hari Qiyamat untuk mendengar Allah berfirman;
"Siapakah yang berkuasa hari ini? Allah sahaja Yang Esa dan tidak ada tandinganNya"(Al-Quran).
kerana firman itu sentiasa kedengaran oleh mereka yang mempunyai makrifat itu. Mereka hairan mengapa diteriakkan "Allahhu Akbar" yang menunjukkan ia lebih besar daripada segala kebesaran yang lain. Kenapa? kerena yang besar itu adalah Dia dan Dia sahaja yang mempunyai kebesaran. Lain dari Dia tidak ada besarnya bahkan yang lain itu adalah kosong, tiada ada yang bersekutu dengan Dia. Semua yang wujud ini, pada hakikatnya adalah WujudNya jua.
Tidaklah mungkin Dia itu "Lebih Besar" dari wajahNya sendiri. Allah itu Maha Agung dan Maha Besar, tidak boleh dikatakan "Lebih Besar" atau "Paling Besar" , kerena ia membawa pengertian perbandingan. Pada hal kebesaran itu tidak boleh dan tidak ada bandingannya. Kebesaran itu tidak boleh diketahui sepenuhnya oleh sesiapa pun, walaupun Nabi-nabi atau Malaikat-malaikat.
Tiada siapa yang dapat mengenal dan mengetahui Allah itu sepenuhnya (seratus peratus) kecuali Dia sendiri jua;
kerana tiap-tiap yang diketahui itu adalah termasuk dalam bidang yang mengetahui, satu keadaan yang mana adalah menafikan semua kemuliaan, semua kebesaran. Bukti penuh tentang ini ada saya beri dalam karangan saya(Imam Ghazali) yang lain.
Orang-orang yang mempunyai makrifat itu, apabila kembali dari kenaikkan mereka ke Alam Hakikat itu, sebulat suara mengakui bahawa mereka tidak melihat apa pun kecuali Allah Yang Maha Esa sahaja. Ada yang sampai ke peringkat ini dengan saintifik, ada pula percubaan dan secara subjektif. Di sini, mereka nampak Keesaan Yang Mutlak dan akan tenggelam di dalamnya.
Berbilang-bilang dan banyak tidak ada pada pandangan mereka. Mereka kagum dan terpesona memandang Keesaan itu. Tiada daya upaya mereka kecuali menyebut "Allah", bahkan menyebut diri mereka sendiri pun tidak berupaya. Tiada apa lagi beresama mereka kecuali Allah.
Mereka mabuk dalam suasana yang di dalamnya aqal mereka sendiri pun lenyap, hingga ada yang berkata
• "Akulah Yang Haq" dan juga
• "Maha Suci Aku",
• "Alangkah Agungnya Aku" dan
• "Dalam baju ini tidak ada yang lain kecuali Allah"
...............tetapi perkataan orang-orang cinta Allah ini dalam mabuknya itu mestilah disembunyikan dan jangan dihebahkan. Apabila mereka keluar dari mabuk itu, mereka pun kembali semula kepada Aqal mereka dan Aqal inilah neraca Allah di muka bumi ini.
Mereka sedar bahawa mereka bukanlah bersatu (dengan Tuhan) tetapi hanya menyerupai atau mewakili Allah sahaja. Seseorang pencinta Allah yang dalam puncak perasaan cinta berkata;
"Akulah Dia yang aku Cintai dan Dia yang aku Cintai itu ialah aku; Kami adalah dua jiwa dalam satu badan".
Kerana mungkin bagi seseorang yang tidak pernah melihat cermin seumur hidupnya akan terpesona oleh cermin itu apabila ia melihat cermin itu dan menyangka apa yang dilihatnya dalam cermin sebagai bentuk rupa cermin itu sendiri, "serupa" dengannya. Seseorang lain melihat arak dalam gelas dan menyangka arak itu sebagai warna gelas itu. Jika sangkaan itu telah menjadi sebati difikirnya, ia pun lenyap dalam sangkaan itu, lalu ia menyanyi;
"Gelas itu nipis, arak itu jernih, kedua-keduanya serupa, perkara ini rumit sekali, kerana seolah-olah ada araknya dan tidak ada gelas arak di situ, atau seolah-olah ada gelas arak dan tidak ada araknya".
Di sini ada perbezaan antara perkataan, "Arak itu ialah gelas arak", dengan perkataan, "ianya seolah-olah gelas arak".
Apabila keadaan ini wujud, ianya digelar FANA, bahkan FANA DALAM FANA, bagi orang yang mengalaminya, kerana Ruh itu telah FANA dalam dirinya, bahkan FANA DALAM FANANYA, kerana ia tidak sedar dirinya dan tidak sedar tentang tidak sedarnya.
Kalau ia sedar tentang tidak sedarnya, maka sedarlah ia tentang dirinya.
Bagi orang yang tenggelam dalam keadaan ini , maka keadaan ini digelar dalam bahasa kiasan "persamaan"; dan dalam bahasa hakikat "penyatuan". Di bawah hakikat-hakikat ini ada tersimpan rahsia-rahsia yang mana kita tidak bebas untuk membincangkannya.
Isnin, 14 Februari 2011
MISKAATUL ANWAR ---ENTRI 5
Sumber semua peringkat cahaya: Allah
Kemudian ingin saya hendak beritahu saudara bahawa peringkat-peringkat cahaya ini bukanlah naik ke atas tanpa had. Had atau peringkat muktamatnya ialah cahaya yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya tidak didatangkan dari punca yang lain ; bahkan cahaya itulah yang mengeluarkan cahaya kepada yang lain, menurut susunan dan peringkat masing-masing.
Tanya diri saudara sendiri. Manakah yang lebih patut dipanggil cahaya; yang bercahaya sendirinya dan menyinari yang lain, atau pun yang cahayanya datang dari sumber lain dari dirinya?. Tentu saudara telah tahu jawapannya, bukan? Dengan itu, dapatlah kita kesimpulan bahawa panggilan cahaya itu sebenarnya patut diberi kepada cahaya tertinggi itu. Di atas itu tidak ada cahaya lagi, bahkan cahaya yang lain itu datang daripadanya.
Berani saya katakan bahawa istilah "cahaya" ini sepatutnya diberi kepada cahaya yang tertinggi itu dan yang lain dari itu sebenarnya tidak bercahaya. Cahaya yang ada pada yang lain itu adalah pinjaman semata-mata. Mereka sendiri tidak mempunyai cahaya, hanya berharapkan cahaya pinjaman. Jadi, mereka sebenarnya tidak ada cahaya.
Memanggil "orang yang meminjam" dengan nama "orang yang memberi pinjam" adalah semata-mata panggilan tanpa isi sebenarnya. Cubalah fikirkan, siapakah sebenarnya yang mempunyai barang (di sini katakanlah, kuda), orang yang memberi pinjam kuda tunggangan atau orang yang meminjam kuda tunggangan itu? Yang mempunyai kuda tunggangan itukah yang berharta (di sini berkuda) atau orang yang meminjam itu yang berharta? Orang yang meminjam itu tetap tidak mempunyai kuda kerana kuda bukan dia yang punya. Yang mempunyai kuda itulah tuannya.
Oleh yang demikian, cahaya hakiki ialah Dia yang menjadikan makhluk dan mentadbir mereka itu. Dia yang memberi cahaya dan menahan cahaya. Tidak ada sekutu baginya. Cahaya itu Dia punya. Yang lain tidak berhak campur tangan dalam urusanNya. Kecuali ada juga Dia menggelar yang dijadikan itu "cahaya" semata-mata kerana ia menghendaki supaya dipanggil demikian. Ibarat tuan yang hendak memberi hanya satu hadiah, dan diberinya hamba itu nama "tuan".
Apabila hamba itu menyedari hakikat ini, dia pun tahulah bahawa dirinya itu dan kepunyaannya itu adalah hak tuannya, bukan hak dirinya. Allah itulah tuan yang
mempunyai sekelian Alam, dan tidak ada apa dan siapa pun yang bersyarikat dengan Dia. Sekarang tahulah saudara bahawa cahaya itu ialah yang kelihatan dan ternampak.
Saudara juga telah tahu peringkat-peringkat cahaya itu.
Selanjutnya saudara tahu juga bahawa tidak ada gelap yang lebih gelap dari "bukan wujud" kerena sesuatu benda yang gelap itu dipanggil "gelap" kerena ia tidak kelihatan. Ia tidak terlihat meskipun ia ada wujud. Tetapi yang tidak ada wujud pada pandangan orang lain dan pandangan dirinya adalah yang paling gelap.
Sebaliknya atau lawannya ialah wujud, dan wujud ialah cahaya, kerena kecuali benda itu terzhohir pada yang lain, wujud itu terbahagi kepada dua jenis. Satu, ialah yang mempunyai wujud pada dirinya; dan dua, ialah wujudnya itu didapati dari bukan dirinya. Wujud jenis yang kedua ini ialah wujud pinjaman, yang bererti tidak wujud sendirinya, bahkan pada hakikatnya, ia tidak wujud. Wujud itu itu tergantung kepada yang lain. Oleh itu, pada hakikatnya ia tidak wujud, seperti perumpamaan orang yang mempunyai kuda dengan orang yang yang meminjam kuda tadi.
Oleh itu, Wujud Hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala dan juga cahaya hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala jua.
Ahad, 13 Februari 2011
MISKAATUL ANWAR - -ENTRI 4
Cahaya ini sebagai lampu-lampu Alam Rendah dan Alam Tinggi;
dengan susunan dan peringkatnya.
Jika sewajarnyalah digelar sesuatu itu yang dirinya cahaya pandangan itu terpancar keluar sebagai "Lampu Yang Bersinar", maka sesuatu itu yang dirinya lampu itu dengan sendirinya terpasang nyala, bolehlah diibaratkan sebagai api.
Semua lampu-lampu Alam Rendah (Alam Nyata) ini pada asalnya dipasang dari cahaya Maha Tinggi, dan berkenaan Ruh Kenabian itu ianya ditulis sebagai "Minyaknya bersinar meskipun tidak disentuh oleh api". dan menjadi "cahaya atas cahaya" apabila disentuh oleh api. Dengan itu, punca atau sumber yang menyalakan ruh-ruh rendah itu ialah Ruh-ruh Maha Tinggi, sebagaimana diceritakan oleh Sayyidina Ali dan Ibn. Abbas r.a demikian;
"Allah mempunyai satu malaikat yang mempunyai 70,000 muka. Bag tiap-tiap satu muka ini ada 70,000 lidah dan lidah ini sentiasa memuji Allah SWT.".
Inilah dia yang dibezakan dari semua malaikat dalam ayat yang bermaksud;
"Pada hari di mana ruh itu berdiri dan malikat berbariskan bersaf-saf". (Al-Quran).
Ruh-ruh Alam Tinggi ini, jika mereka dianggap sebagai sumber yang menyalakan lampu-lampu Alam Rendah ini, maka bolehlah dibandingkan dengan "API" dan menyalanya itu tidak dapat dilihat kecuali "di atas tepi gunung". (Al-Quran).
Sekarang marilah kita bincangkan perkara yang berkenaan lampu-lampu Alam Tinggi ini yang dirinya dipasang lampu-lampu Alam Rendah ini. Marilah kita susun lampu-lampu itu menurut nyalanya satu lepas satu yang paling atas dalam susunan itu ialah nama cahaya yang paling mulia dan dialah yang mengambil tempat paling tinggi dalam susunan itu.
Perumpamaan susunan ini di alam deria (pancaindera) hanya boleh difahami oleh seseorang yang melihat cahaya bulan yang menembusi tingkat rumah, dan cahaya itu tertumpu kepada sekeping cermin yang terlekat pada dinding, dan cahaya itu berbalik ke dinding yang satu lagi, dan seterusnya berbalik menuju lantai. Maka teranglah lantai itu.
Cahaya lantai itu datang dari dinding, dan cahaya dinding itu datang dari cermin, dan cahaya cermin itu datang dari bulan, dan cahaya bulan datang dari matahari, kerana matahari itu yang menyinarkan cahayanya pada bulan.
Dengan itu, empat cahaya ini tersusun bertingkat-tingkat satu lepas satu. Tiap-tiap satu cahaya lebih sempurna dari yang satu lagi, dan tiap-tiap ada mempunyai tingkatan tertentu dan darjat sewajarnya yang tidak boleh melampaui tingkatan darjat bagi dirinya itu.
Ingin saya(Imam Ghazali) beritahu kepada saudara, bahawa telah ternyata kepada orang yang mempunyai makrifat, iaitu jika demikianlah susunan cahaya-cahaya Alam Tinggi itu. Maka yang paling tinggi ialah yang paling hampir dengan cahaya terakhir atau sumber cahaya itu.
Maka dengan itu, Israfin(malaikat) adalah lebih tinggi dari pangkat Jibrail. Dan di kalangan mereka itu ada malaikat yang hampir sekali dengan Hadirat Allah SWT., dan Allah itulah yang menjadi sumber cahaya-cahaya ini, dan di kalangan itu pula ada manusia yang paling hampir; dan di antara kedua peringkat itu banyak dan ada susunan-susunannya pula, berperingkat-peringkat.
Oleh itulah dikatakan;
"Tidak seorang pun daripada kamu melainkan mempunyai tempat kedudukan tertentu masing-masing", dan; "Sesungguhnya kami adalah berpangkat; kami adalah daripada mereka yang mulutnya sentiasa memuji Allah". (Al-Quran).
Sabtu, 12 Februari 2011
MISKAATUL ANWAR - -ENTRI 3
Al-Quran sebagai Matahari "Aqal"
Selanjutnya adalah diperhatikan bahawa meskipun Aqal manusia itu sebenarnya melihat tetapi benda-benda yang dilihatnya bukanlah semuanya terletak di bidang yang sama. Dalam beberapa hal, pengetahuan telah sedia ada terkandung dalam Aqal itu seperti halnya dengan kebenaran yang telah memang pasti, umpamanya:
• sesuatu perkara yang sama tidak boleh bersama dengan asalnya dan
• di samping itu juga tanpa asalnya atau wujud di samping tidak wujud; atau
• sesuatu perkara itu benar dan tidak benar; atau
• pertimbangan yang benar bagi sesuatu perkara adalah benar juga bagi sesuatu perkara yang serupa; atau
• wujud yang khusus mesti diikuti juga oleh wujud yang umum.
Misalnya: hitam membawa pengertian tentang wujud "warna". Begitu juga dengan "Manusia" dan "binatang". Tetapi perkaitan tersebut bukanlah pasti benarnya kepada Aqal kerana "warna" tidak melibatkan "hitam" dan begitu juga "binatang" tidak melibatkan "manusia" dan banyak (proposition) atau masalah yang lain.
Ada yang wajib, ada yang mungkin, dan ada yang mustahil. Ada juga proposisi yang tidak bersetujuan dengan Aqal apabila proposisi atau masalah itu kembali semula kepada Aqal, proposisi itu terpaksa menggoncang Aqal, menggerakkan Aqal. Pukulkan logam pada besi supaya keluar api.
Misalan masalah seperti ini ialah Teori Spekulasi (masalah pertimbangan) dan untuk mengetahui teori itu, Aqal terpaksa dibangkitkan dengan Qalam (logik) falsafah. Apabila cahaya falsafah telah bersinar, maka manusia pun melihat apa yang sebenarnya, pada hal sebelum itu, penglihatannya itu terpendam. Falsafah paling agung ialah Qalam Allah umumnya dan al-Quran khususnya.
Oleh yang demikian, ayat-ayat Al-Quran itu bagi Aqal adalah umpama cahaya matahari bagi mata. Dengan adanya cahaya matahari, perbuatan melihat dapat dilaksanakan. Oleh itu, Al-Quran itulah yang paling wajar dinamakan "cahaya" sepertimana cahaya matahari itu digelar cahaya juga.
Kesimpulannya, al-Quran itu adalah ibarat matahari dan Aqal itu ibarat cahaya mata. Di sini tahulah kita maksud ayat Al-Quran;
"Percayalah kepada Allah dan RasulNya dan cahaya yang Kami turunkan".
dan ayat;
"Telah datang bukti yang nyata dari Tuhanmu dan Kami turunkan cahaya yang terang".
Alam Nyata dan Alam Ghaib: dan cahaya keduanya
Sekarang saudara telah tahu bahawa ada jenis mata iaitu;
Mata zhohir dan mata batin.
Mata zhohir termasuk dalam Alam Deria atau Alam Pancaindera. Mata batin termasuk dalam Alam Keruhanian atau Alam Ghaib. Tiap-tiap mata tersebut ada mempunyai matahari dan cahaya masing-masing, supaya dapat melihat dengan sempurna.
Matahari pun ada dua jenis. Satu daripada matahari ini ialah matahari biasa yang nampak oleh deria lihat dan yang satu lagi ialah termasuk dalam bidang Alam Ghaib; iaitu al-Quran dan lain-lain kitab Allah. Jika ini telah diterangkan sepenuhnya dan seterang-terangnya kepada saudara, maka satu daripada pintu Alam Ghaib ini telah dibuka kepada saudara.
Alam ini penuh dengan keajaiban. Ia lebih hebat dari alam yang nampak oleh mata kasar itu. Orang yang tidak mempedulikan Alam tinggi itu dan hanya melekatkan dirinya dengan alam nyata sahaja, maka dia itu adalah ibarat binatang dan bukan manusia sebenarnya. Dia lebih sesat lagi dari binatang kerana binatang itu tidak dikurniakan sayap untuk terbang ke Alam tinggi itu. Al-Quran ada menerangkan orang seperti itu dengan firman Allah;
"Orang-orang yang demikian itu adalah lembu kerbau, bahkan lebih sesat lagi".
Perkaitan Alam Kasar dengan Alam Ghaib itu adalah ibarat kulit buah dan isinya atau ibarat bentuk(acuan) dengan nyawa, atau gelap dengan terang, atau neraka dengan syurga. Kerena itulah Alam Ghaib itu digelar Alam Tinggi atau Alam Ruh atau Alam Nur (cahaya) dan Alam Nyata ini digelar Alam Bawah atau Alam Rendah, atau Alam Benda atau Alam Gelap.
Tetapi janganlah saudara anggap apa yang saya maksudkan dengan Alam Tinggi ini sebagai langit atau tujuh petala langit, meskipun ia berada di atas. Langit itu dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan binatang. Tetapi pintu ke Alam Tinggi itu tertutup kepada manusia dan manusia bukan menjadi penghuni alam itu kecuali;
"Bumi ini baginya bertukar menjadi bukan bumi, dan begitu jugalah langit". (Al-Quran).
Pendeknya, kecuali semua yang mendatang ke dalam bidang deria dan khayalan termasuk langit yang kelihatan itu menjadi buminya dan langit itu melebihi jangkauan derianya. Inilah kenaikan (mikraj) pertama bagi setiap Salik (orang dalam perjalanan menuju Allah) dalam perjalanannya menuju ke Hadirat Allah Subhanahuwa Taala. Manusia telah dihantarkan ke tempat yang rendah dan kemudian mestilah manusia itu naik ke tempat paling tinggi.
Bukan seperti para malaikat, kerana malaikat itu adalah termasuk dalam Alam Keruhanian itu, sentiasa berada di hadirat Allah dan dari situ mereka melihat ke alam rendah ini. Nabi Muhammad SAW. pernah berkata;
"Allah mencipta makhluk dalam kegelapan; kemudian dipancarkan Nur (cahaya) kepada makhluk itu".
dan sabda beliau lagi yang bermaksud;
"Allah mempunyai malaikat-malaikat yang tahu kerja-kerja manusia lebih dari manusia itu mengetahui dirinya".
Adalah Nabi-Nabi apabila mereka mikraj ke Alam Tinggi itu, mereka sampai ke tempat yang paling tinggi. Dari situ mereka melihat keseluruhan alam ghaib itu kerana orang yang berada d Alam Tinggi tersebut adalah bersama Allah dan mempunyai kunci kepada yang ghaib. Saya maksudkan iaitu dari tempat di mana orang itu menjadi sebab kepada benda-benda yang ada ini turun ke dalam alam deria atau alam nyata.
Ini adalah kerana alam nyata ini adalah satu daripada kesan-kesan daripada alam tinggi itu. Alam nyata ini adalah keluaran atau terbitan dari alam ghaib itu seperti ibarat bayang-bayang itu terbitan dari sesuatu badan atau ibarat air buah yang keluar dari buah, atau akibat dari sebab.
Kunci daripada ilmu berkenaan kesan atau akibat itu dicari dan didapati dalam sebab. Kerana itulah alam nyata ini adalah sati jenis daripada alam ghaib, seperti yang kita nampak apabila kita mengkaji tentang Misykaat (ceruk), lampu dan pokok kerana sesuatu yang dibandingkan itu tentulah sejajar dan ada persamaan dengan sesuatu dengan yang diperbandingkan, samada persamaan itu jauh atau dekat. Ini pun satu perkara lagi yang sangat mendalam pengajiannya. Barang siapa yang mengetahui maksud batinnya akan dilihatlah dengan mudah tentang kebenaran dan kesungguhan jenis-jenis itu dalam Al Quran.
Saya (Imam Ghazali) katakan bahawa apa sahaja yang yang melihat diri dan bukan diri patut sekali mendapat gelaran "cahaya" dan apa yang memberi tambahan kepada itu dengan satu lagi tugas, iaitu menjadikan "bukan diri" itu boleh kelihatan, adalah lebih wajar lagi digelar "cahaya". Lebih wajar daripada sesuatu yang tidak ada kesan apa pun walaupun di luar dirinya.
Inilah cahaya yang berhak dinamakan "lampu yang bersinar"(Al-Quran) kerana cahayanya terpancar kepada bukan diri. Inilah sifatnya Ruh Kenabian yang tinggi itu, kerana melalui caranya itulah terpancar sinaran ilmu ke alam ini. Ini menerangkan juga kenapa Allah memberi Muhammad gelaran "yang bersinar"(Al-Quran). Semua Nabi-nabi itu adalah lampu-lampu dan begitu juga orang-orang Alim(berilmu); tetapi perbezaan antara mereka adalah tidak terkira.
bersambung..................
Jumaat, 11 Februari 2011
Misykaatul Anwar - Imam Al-Ghazali - Entri 2
Ketahuilah bahawa ada sejenis mata di Alam Aqal atau jiwa manusia, yang bebas dari kekurangan dari kecacatan yang ada pada mata biasa ini. Itulah yang digelarkan "Aqal", "Ruh", "Jiwa". Tetapi di sini eloklah kita tinggalkan sahaja beberapa istilah tersebut kerana istilah-istilah yang banyak itu menyebabkan orang yang kurang pintar fikirannya akan menyangka banyak pula idea-idea atau tanggapan-tanggapan yang dimaksudkan oleh istilah-istilah itu. Apa yang kita maksudkan ialah sesuatu yang membezakan orang yang berfikiran dengan bayi, dengan binatang dan dengan orang gila. "Sesuatu itu" kita katakanlah ia sebagai "Aqal".
Tak usahlah kita gunakan istilah-istilah seperti ruh atau jiwa itu, supaya tidak mengelirukan perbincangan kita itu. Kita pakai perkataan Aqal sahaja untuk semuanya. Oleh yang demikian itu, aqal itu lebih baik kita namakan "cahaya" dan tidak dinamakan "mata" kerana "Aqal" itu tidak mempunyai tujuh macam kecacatan atau kekurangan yang tersebut tadi. Kita bincangkan sekarang.
Kekurangan dan Kecacatan Pertama.
Mata itu tidak dapat melihat dirinya sendiri tetapi Aqal dapat melihat dirinya dan juga yang lain. Ia melihat dirinya dan tahu yang ia ada diberi ilmu, kuasa dan lain-lain; dan melihat ilmunya sendiri dan melihat ilmu bagi ilmunya, dan seterusnya . Inilah keadaan mata batin yang dinamakan Aqal itu. Mata biasa (lahir) tidak mempunyai sifat-sifat seumpama itu.
Kekurangan dan Kecacatan Kedua.
Mata kasar atau mata biasa ini tidak dapat melihat apa yang sangat dekat dan juga yang sangat jauh. tetapi bagi Aqal, tidak ada bezanya antara dekat dan jauh. Dengan sekelip mata, Aqal dapat naik ke langit yang paling tinggi, sekelip mata juga ia menurun ke perut bumi. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa Aqal itu tidak tertakluk kepada tanggapan atau idea "JAUH" dan "DEKAT", yang mana kedua idea itu berpakai dalam Alam Kebendaan sahaja, tetapi Aqal termasuk dalm bidang Yang Suci dan Tinggi.
Ini menunjukkan bahawa Aqal itu adalah satu pulau atau "ceruk" atau contoh sifat-sifat Ketuhanan. Contoh ini pastilah bersesuaian atau sepadan dengan asalnya, meskipun ia tidak sampai ke tingkat persamaan atau setaraf dan ini mungkin menyedarkan saudara tentang maksud yang sebenarnya berkenaan hadi Nabi SAW. yang bermaksud;
"Allah menciptakan Adam menurut bayanganNya sendiri".
Tetapi buat setakat ini tidaklah sesuai lagi kita bicarakan secara lebih mendalam tentang perkara ini.
Kekurangan dan Kecacatan Ketiga.
Mata kasar ini tidak dapat melihat apa yang di belakang dinding, tatapi Aqal bebas lepas terbang sampai ke langit yang maha tinggi dan ke alamnya sendiri, dan alam ghaib. Hakikat sesuatu tidak terhijab kepada Aqal. Yang menjadi hijab (tabir) padanya ialah yang dianggap sebagai kepentingan sendiri iaitu ibarat hijab yang dianggap oleh mata, kerana kehendak sendiri, apabila kulit mata di tutup. Perkara ini akan kita bincangkan lagi di bab ketiga karangan ini.
Kekurangan dan Kecacatan Keempat.
Mata melihat bahagian luar sesuatu benda sahaja, tetapi tidak melihat bahagian dalam benda itu. Ini bererti mata kasar ini hanya nampak bentuk-bentuk benda itu sahaja, bukan hakikat benda itu. Tetapi Aqal menembusi batin benda itu dan terus ke rahsianya.
• Ia mengetahui hakikat sesuatu dan juga jiwanya.
• Ia dapat mengenal dan menimbulkan sebab-sebab dan hukum-hukum -
• dari apa sala benda itu,
• bagaimana terjadi berapa banyak bentuk-bentuk ideal(sempurna) yang ada padanya,
• apa peringkat kejadiannya,
• apa perhubungannya dengan kejadian yang lain,
• dan banyak lagi.
Eloklah di sini kita ringkaskan sahaja.
Kekurangan dan Kecacatan Kelima.
Mata hanya melihat sebahagian sahaja daripada keseluruhan yang ada kerana semua konsep atau tanggapan dan banyaknya perkara yang dapat diketahui oleh pancaindera adalah di luar garisan pandangannya. Ia (mata) tidak melihat bumi, bau, rasa dan tidak tidak mempunyai kebolehan mendengar, membau, merasa, bahkan semua sifat-sifat kebatinan itu tidak terlihat olehnya.
Mata tidak nampak keadaan suka, duka, sedih, sakit, seronok, cinta, kemahuan, kuasa, kehendak, ilmu dan lain-lain lagi. Oleh itu bidang mata kasar itu sangat sempit dan tindakannya terbatas. Tidak dapat melebihi lingkungan bidang warna dan bentuk. Warna dan bentuk adalah kejadian yang paling kasar kerana benda-benda yang zhohir atau tabiat ini adalah makhluk atau kejadian yang kasar.
Tetapi bidang Aqal ialah seluruh Alam Wujud, kerana ia mengetahui segala kejadian yang kita sebutkan tadi dan bebas meliputi segala yang lain juga, dan dapat pula Aqal itu membuat keputusan yang tentu dan benar. Itulah dia rahsia batin benda-benda yang zhohir dan itulah dia bentuk-bentuk tersembunyi bagi benda-benda zhohir.
Sebutkan kepada saya (Imam Ghazali) apa pula haknya mata kasar itu diberi taraf sama dengan Aqal dalam pemberian nama "cahaya" itu ?.
Sesungguhnya tidak. Mata itu sebenarnya gelap. Penglihatan adalah semata-mata satu daripada alat pengintip bagi Aqal. Aqal memberi mata satu tugas untuk melihat perkara yang kasar, iaitu warna dan bentuk, Aqal menyuruh mata membawa laporan tentang warna dan bentuk tadi kepada Tuhannya, yang akan menghakimkan menurut arahan penelitian dan pertimbangan Aqal itu. Begitu jugalah dengan kebolehan-kebolehan yang lain.
Tetapi alat pengintip Aqal - khayalan, fantasi (bayangan fikiran), pemikiran, ingatan, dan di belakang mereka adalah hamba-hamba abdi yang menjalankan tugas mereka dalam dunia mereka sekarang ini. Semua itu ada yang ditahan dan ada yang diberi kebebasan, seperti mana bebasnya seorang raja menguasai hamba abdinya, bahkan lebih bebas dari itu lagi. Untuk menghuraikan perkara ini akan mengambil masa yang panjang dan perkara ini telah pun dihuraikan dalam kitab saya yang berjudul "Ihya Al-'Ulum" di bawah tajuk "Keajaiban fikiran".
Kekurangan dan Kecacatan Keenam.
Mata tidak boleh melihat apa yang tidak terhad. Yang boleh dilihatnya ialah sifat-sifat benda yang diketahui dan semua itu adalah terhad dan terbatas. Tetapi Aqal mengetahui tanggapan-tanggapan dan konsep bukanlah sesuatu yang terhad. Memang benar berkenaan dengan ilmu yang telah dicapai, isinya yang dikemukakan kepada Aqal itu adalah terhad. Ia ada keupayaan mengetahui yang tidak terhad. Ini jika hendak diterangkan sepenuhnya, memang panjang, tetapi jika saudara mahukan contoh, maka inilah satu contoh dari ilmu kira-kira.
Dalam ilmu ini Aqal memahami siri-siri angka bulat atau angka penuh (bukan pecahan) dan siri-siri ini tidak terhad. Juga, Aqal tahu angka-angka sebelum dua, tiga dan lain-lainnya; dan ini pun tidak ada hadnya. Aqal juga tahu semua perkaitan yang berbeza-beza antara nombor-nombor itu, dan ini juga tidak terhad. Akhirnya Aqal mengetahui pengetahuannya sendiri tentang sesuatu perkara. Tahunya tentang pengetahuan itu pun tidak terbatas.
Kekurangan dan Kecacatan Ketujuh.
Mata nampak benda yang besar itu kecil. Ia melihat matahari sebesar mangkuk dan bintang sebesar wang syiling yang bertaburan di atas permaidani biru. Tetapi Aqal mengetahui bahawa matahari dan bintang itu besar, bahkan lebih besar dari bumi. Kepada mata, bintang-bintang itu nampak tidak bergerak; dan kanak-kanak nampaknya tidak juga tinggi badannya. Tetapi bagi Aqal, ia tahu kanak-kanak itu semakin tinggi badannya berikutan dengan meningkatkan umurnya. Bintang itu bergerak dengan pantas melalui jarak yang beribu-ribu batu.
Dikatakan bahawa Nabi SAW. bertanya kepada Jibrail;
"Adakah matahari itu bergerak?"
Jibrail menjawab;
"Tidak - Ya".
Nabi bertanya lagi;
"Bagaimanakah itu?"
Jibrail menjawab;
"Antara aku berkata tidak dan ya itu, matahari telah bergerak sejauh 500 tahun perjalanan".
Oleh yang demikian, kesilapan dan kekurangan pandangan mata itu memang banyak, tetapi Aqal melampaui semua itu dan tidak ada kesilapan yang demikian itu.
Mungkin saudara berkata bahawa ada saudara lihat orang yang cerdik itu membuat kesilapan dan kesalahan juga. Jawab saya ( Imam Ghazali ) Kebolehan khayalan dan fikiran mereka selalunya melalui pertimbangan mereka menghukumkannya dan ini menimbulkan keyakinan yang mereka anggap itulah keputusan yang dihukumkan oleh Aqal.
Kesilapan atau kesalahan itu terletak kepada kebolehan yang rendah itu. Bacalah karangan saya tentang semua kebolehan ini dalam kerangan saya berjudul "Mu'ayar al-Alim" dan "Muhaqiq An-Nadzhor". Tetapi apabila Aqal dipisahkan dari dustaan dan tipuan fantasi dan khayalan, maka kesalahan bagi Aqal itu tidak mungkin.
Aqal akan melihat itu sebagaimana sebenarnya. Pemisahan ini sangatlah sukar, dan hanya mencapai kesempurnaannya setelah mati. Barulah waktu itu terang dan nyata kesalahan dan segala rahsia terbuka luas; dan tiap-tiap orang akan bertemu dengan suka atau duka yang telah disediakan oleh dirinya dan "lihatlah kitab yang merekodkan tiap-tiap pahala dan tiap-tiap dosa, tanpa satu pun yang tinggal". (Al-Quran).
Ketahuilah bahawa khayalan dan fantasi itu pun adalah hijab juga. Oleh itu orang yang telah diperdayakan dan ditipu oleh khayalannya sendiri, kepercayaan salahnya sendiri, dan fikirannya yang sia-sia akan menjawab, "Tuhan kami! Kami telah lihat engkau dan mendengar engkau. Hantarkanlah kami kembali (ke dunia) dan kami akan membuat kebaikan. Sesungguhnya sekarang kami yakin sebenar-benarnya". (Al-Quran).
Dari pandangan di atas tahulah saudara bahawa mata itu lebih tepat dipanggil "cahaya" dan bukan cahaya biasa yang dilihat oleh pancaindera itu, dan selanjutnya, Aqal itu lebih wajar digelar "Cahaya" dan bukannya mata. Memang benar dikatakan bahawa antara keduanya ada perbezaan yang besar nilainya, sehingga kita boleh bahkan mesti menganggap bahawa Aqal itulah yang sebenarnya dinamakan "CAHAYA".
Sudah terlalu lama fakir tidak menulis dilamanblog LAYARMERAH ini kerana kebanyakan entri dimuatkan dilamanblog FAKIRABDILLAH.
Mulai hari ini fakir akan catatkan rencana yang dipetik daripada beberapa kitab yang difikirkan elok kita baca bersama demi menambah ilmu agama.
Buat permulaan fakir muatkan terjemahan kitab Imam Al-Ghazali yang fakir copy and paste dari laman SULUK . Selamat membaca.
Misykaatul Anwar
Imam Al-Ghazali
Pendahuluan
Puji-pujian bagi Allah yang melimpahkan keluar Nur (cahaya) yang memberi penglihatan, dan dari rahsia yang Maha tinggi menyingkap hijab (tabir) malam.
Selawat dan salam kepada Muhammad SAW.; cahaya bagi segala cahaya; penghulu orang-orang yang sholeh, kekasih Allah; guru kepada mereka yang diberi keampunan; kepadanya diberi kesejahteraan; tangan yang melawan dan memukul kepada orang-orang yang berdosa dan kepada orang-orang kafir.
Saudaraku!'
Semoga Allah memberi saudara kebahagiaan yang maha tinggi yang ingin dicari oleh manusia; menjadikan saudara sebagai orang yang dipilihNya untuk naik ke darjah yang paling tinggi dan memenuhi pandangan saudara dengan cahaya hakikat, dan membuang dari batin saudara apa yang bukan hakiki. Saudara meminta saya menyampaikan rahsia-rahsia cahaya ketuhanan beserta dengan Qiyas-qiyas atau perumpaan yang ada di sebalik maksud-maksud lahir ayat al-Quran dan hadis yang tertentu terutama;
"Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya itu laksana sebuah Misykaat; di dalamnya ada lampu. Lampu itu di dalam sebuah kaca. Kaca itu laksana bintang yang gemerlapan. Dipasang dari sebatang kayu yang beroleh berkat, iaitu (minyak) pohon zaitun, tidak timur, dan tidak barat. Hampir sahaya minyak itu bernyala-nyala walaupun ia belum disentuh oleh api. Cahaya Atas Cahaya". (Surah An-Nur: 35)
"Tetapi bagi orang-orang kafir, perbuatan mereka itu adalah ibarat kegelapan yang bertimbun-timbun di laut yang sangat dalam yang berombak dan dilapisi lagi dengan ombak di atas awan gelap, Gelap di atas Gelap, sehingga jika seseorang menjulurkan tangannya, tidaklah kelihatan tangan itu. Sesungguhnya barangsiapa yang Allah tidak beri cahaya, maka tidaklah ada cahaya baginya".
Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan perbandingan atau Qiyas antara cahaya dan Misykaat(ceruk) , dan kaca, dan lampu, dan minyak, dan pokok itu?.
Dan perhatikan hadis ini;
"Allah mempunyai tujuh puluh ribu hijab (tabir) cahaya dan kelam. Sekiranya Ia membuka hijab itu, maka KeagunganNya pasti akan menghancurkan sesiapa yang mengenalinya dengan pandangan".
Demikianlah permintaan saudara. Tetapi dengan permintaan itu saudara telah bercita-cita hendak memanjat ke tempat yang tinggi yang sukar didaki. Tinggi sekali, hingga tidaklah tergamak oleh manusia biasa. Suadara telah mengetuk pintu yang terkunci yang hanya akan dibuka kepada mereka yang mengetahui dan mengenal dengan sebenarnya dan tetap keyakinannya. Tambahan pula, bukan setiap rahsia itu akan dibentang atau dipamirkan kerena;
"Hati-hati yang mulia itu menutup rahsia-rahsia seperti liang lahat".
atau sebagaimana kata orang Arif;
"Membuka rahsia Ketuhanan itu adalah seperti menafikan Tuhan".
atau sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW.;
"Ada satu ilmu seperti keadaan benda yang tersembunyi, tidak siapa yang tahu kecuali mereka yang tahu dan kenal kepada Allah".
Jika rahsia itu dikeluarkan, hanya orang-orang yang jahil sahaja akan menafikannya. Walau bagaimanapun, ramai orang-orang jahil itu, rahsia-rahsia itu mestilah dipelihara dan jangan dibiarkan dinodai oleh orang-orang yang berdusta.
Tetapi saya percaya, hati saudara telah dibuka oleh cahaya itu dan kesedaran saudara telah bersih dari gelap kejahilan. Oleh itu, saya tidak teragak-agak membawa saudara menuju hakikat yang mulia dan suci itu kerana kesalahan menyembunyikan ilmu dari orang-orang yang menghendakinya adalah sama seperti kesalahan mengeluarkan ilmu kepada orang-orang yang mensia-siakannya, seperti kata penyair;
"Orang yang memberi ilmu kepada si bodoh akan hilanglah ilmu itu; orang yang yang manahan ilmu dari orang yang memerlukannya, adalah membuat dosa'.
Saudara hendaklah berpuas hati dengan penerangan yang ringkas berkenaan perkara ini. Jika hendak diceritakan sepenuhnya, maka terpaksalah dihuraikan pokok-pokok dan ranting cabangnya. Untuk itu, pada masa ini saya tidak mempunyai cukup masa dan fikiran serta daya upaya saya pun tidak bebas untuk itu. Kunci kepada semua hati adalah di tangan Allah. Dia membuka hati itu apabila dikehendakiNya menurut kehendakNya dan dengan apa sahaja yang dikehendakiNya. Pada masa ini, cukuplah dibukakan kepada saudara tiga bab atau bahagian. Yang pertama adalah seperti berikut.
Bab Pertama
| "Cahaya" dan berbagai cahaya:
1."Cahaya"sebagai cahaya biasa: sebagai "mata"; sebagai "Aqal"
Untuk menerangkan perkara ini, saudara hendaklah tahu bahawa perkataan "cahaya" itu digunakan di tiga tempat pengertian. Pertama, digunakan oleh kebanyakan orang.
Kemudian saudara hendaklah tahu berbagai-bagai peringkat cahaya yang berkaitan dengan yang kedua dan ketiga dan darjah-darjah hakikat yang ada bersangkutan dengan peringkat-peringkat tersebut, agar dengan itu saudara dapat mengetahui, setelah peringkat-peringkat ini menjadi bertambah terang kepada saudara, bahawa Allah itulah cahaya paling tinggi dan terakhir. Selanjutnya apabila hakikat yang berkaitan dengan tiap-tiap peringkat itu telah ternampak, maka disedarilah bahawa Allah itu sahajalah yang hakiki, cahaya sebenarnya, dan yang lain tidak mempunyai cahaya apa-apa. Pengertian Pertama Sekarang mari kita bincangkan pengertian yang pertama. Di sini perkataan "cahaya" menunjukkan "fenomena" atau kejadian. Fenomena atau apa yang nampak ialah istilah relatif (bandingan dan berubah-ubah), kerana sesuatu itu ternampak kepada sesuatu yang lain dari dirinya, atau tersembunyi daripada sesuatu yang lain dari dirinya. Maka dengan itu, nampak atau tidak nampak adalah relatif sahaja. Selanjutnya pula, nampak dan tidak nampak itu adalah relatif (bandingan) kepada kebolehan memandang (Perceptive faculties). Pada kebanyakan orang kebolehan memandang yang paling kuat dan terang ialah deria-deria (senses). Satu daripada deria-deria itu ialah deria lihat atau penglihatan mata. Benda-benda ini pula dari segi deria lihat terbahagi kepada jenis-jenis berikut; 1. Tanda-tanda yang dengan sendirinya tidak boleh kelihatan, seperti benda-benda atau badan yang kelam (gelap). 2. Tanda-tanda yang dengan sendirinya boleh kelihatan, tetapi tidak boleh membuat benda-benda lain kelihatan, seperti bintang-bintang, api yang sebelum menyala. 3. Tanda-tanda yang dengan sendirinya boleh kelihatan dan juga membuat benda-benda lain boleh kelihatan, seperti bulan, matahari, atau lampu dan api yang menyala. Nama cahaya ini diberi kepada golongan jenis yang mombor tiga(3) di atas itu. Kadang-kadang kepada apa yang terpancar dari benda-benada yang bersinar ini dan pancaran itu terjatuh atau tertumpu kepada bahagian luar benda-benda yang kelam (tidak lut sinar) iaitu apabila kita katakan "bumi diterangi" ke dinding atau ke pakaian dan kadang-kadang kepada benda-benda yang bersinar itu sendiri kerana benda-benda itu bersinar dengan sendirinya. Kesimpulannya, cahaya ialah perkataan yang digunakan kepada apa yang dengan sendirinya boleh kelihatan dan membuat yang lain kelihatan, seperti matahari. Inilah takrif (definisi) cahaya dan hakikat berkenaan cahaya menurut pengertian yang pertama itu. Pengertian Yang Kedua Kita telah lihat sekarang bahawa hakikat cahaya itu ialah apa yang nampak kelihatan oleh orang yang melihat; dan penglihatan itu; terkadang kepada wujudnya dua perkara iaitu;
kerana meskipun cahaya itu adalah apa yang nampak dan disebabkan supaya nampak, namun ia tidak nampak atau disebabkan supaya nampak kepada orang-orang buta. Oleh yang demikian, ruh (safiriah) si pelihat adalah sama penting dengan cahaya yang boleh dilihat itu. Sebenarnya perkataan "cahaya" itu ialah cahaya yang melihat yang kita namakan "mata". Dengan demikian, manusia memakai perkataan "cahaya" itu kepada cahaya mata. Orang yang kabur matanya, dikatakan "cahaya penglihatannya kabur". Orang yang lemah penglihatan dikatakan "cahaya pandangan matanya lemah". Orang yang buta dikatakan "cahayanya habis gelap" Adalah dikatakan bahawa anak mata itu menumpukan "cahaya" pandangan dan memperkuatkannya. Bulu mata pula dijadikan Allah berwarna hitam dan dijadikan untuk memandu dua biji mata itu pula berpusing-pusing supaya menumpukan "cahayanya." Dikatakan juga mata putih itu menyelerakkan "cahaya mata" itu dan melimpahkannya, dan memandang lama kepada permukaan putih berkilau, atau lebih lagi memandang cahaya matahari akan menyilaukan "cahaya mata" itu dan mencacatkannya seperti mana permukaan yang lemah dicacatkan oleh permukaan yang kasar dan kuat. Sekarang tahulah saudara bahawa ruh si pelihat itu digelar cahaya. Kenapa digelar demikian itu dan kenapa sewajarnya digelar demikian itu?. Inilah pengertian kedua yang diketahui oleh sedikit orang sahaja. Pengertian Yang Ketiga. Hendaklah saudara tahu selanjutnya iaitu cahaya penglihatan biasa itu mempunyai beberapa kekurangan atau kecacatan.
Inilah tujuh kecacatan yang ada pada mata biasa itu. Jika ada mata lain yang tidak mempunyai kecacatan atau kekurangan tersebut di atas, bukankah betul juga jika mata sedemikian itu diberi nama "Cahaya" juga?. |
Jumaat, 21 Mei 2010
BERJUANG MEMPERTAHANKAN AGAMA / BANGSA / NEGARA ialah IBADAH JIHAD
HENDAKLAH SENTIASA KAMU INGAT BAHAWA BERJUANG MEMPERTAHANKAN AGAMAMU / BANGSAMU / NEGARAMU DARI SERANGAN ORANG KAFIR ITU ADALAH IBADAH JIHAD / FI SABILILLAH YANG DITUNTUT TUHANMU....ALLAH SWT
JIKA KAMU MASIH LAGI MENGAKU AKAN KETUHANAN ALLAH SWT & KERASULAN MUHAMMAD SAW MAKA WAJIBLAH KAMU BANGUN MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM KAMU BANGSA MELAYU KAMU DAN SATU SATUNYA NEGARA KAMU MALAYSIA DARI SERANGAN POLITIK PARTI YANG SHOHIH BUKAN ISLAM IAITU DAP YANG BERTUANKAN PAP......JIKA KAMU TIDAK MAHU DERHAKA KEPADA PERINTAH TUHANMU.
HENDAKLAK JUGA KAMU INGAT AKAN TALI TALI ALLAH ...BAHAWA SAUDARAMU IALAH ORANG ORANG ISLAM DAN BUKANNYA GOLONGAN AL-KAFIRUN.
Seruan Yang Diulang- Ulang Ayuh Semua Bloggers Melayu...Ulang & Ulang Didalam Blog Saudara Sekalian...Itulah Tanggungjawab & Peranan Kita...Ayuh.Mudah-mudahan Dikabulkan Allah SWT.
BERJUANG MEMPERTAHANKAN AGAMA / BANGSA / NEGARA ialah IBADAH JIHAD
MENGULANG - NGULANG PERKARA TIDAK BENAR & FITNAH berratus ratus kali tanpa jemu dan tanpa pedulikan kosnya hingga orang PERCAYA perkara PEMBOHONG & FITNAH mereka itu adalah benar sedangkan semua orang faham akan taktik & teknik itu.
Manusia yang kuat imannya pun jadi cair dan hancur keyakinannya..begitulah kuatnya apa yang dikatakan PROPOGANDA.
Adakah mengatakan YANG BENAR juga merupakan PROPOGANDA jika ianya diulang ulang beratus kali juga ? Atau ia disebut sebagai DAKWAH ?
Kenapakah umat melayu Islam TIDAK MAHU mendengar dan meyakini akan SERUAN BERSATU dan SERUAN jangan menyokong DAP dan mengakui akan hakikat bahawa melayu akan DERITA dan SUSAH jika DAP memerentah SATU SATUNYA NEGARA MILIK MELAYU ini ?
MAKA ELOKLAH KITA BELAJAR GUNA TAKTIK & TEKNIK CNN YAHUDI / KRISTIAN ITU YAKNI ULANG & ULANG HINGGA MASUK KEJANTUNG QALBU NURANI MELAYU ISLAM........
........................................................................................
INGATLAH WAHAI MELAYU...INI BUKAN CERITA DONGENG..
Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.
Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!
Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!
DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura.
Khamis, 20 Mei 2010
PENYALINAN MANUSKRIP DR BAGINDO MUCHTAR SUDAH SELESAI
Fakir dengan Kudrat & IradatNYa , Alhamdulillah telah selesai menyalin seluruh isi kandungan manuskrip Dr Bagindo Muchtar melainkan bahagian sajak sajaknya sahaja. ( berdasarkan manuskrip yang ada ditangan Fakir )
Adalah diharapkan manuskrip ini dapat membantu saudara sedikit sebanyak.
Fakir juga mohon berbanyak maaf kepada mana mana pihak yang beranggapan bahawa manuskrip ini tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Maaf kerana Fakir berpendapat sebaliknya, kerana bagi Fakir segala Ilmu adalah milik Allah. Apatah lagi ilmu seperti karangan Allahyarham Bapak Muchtar ini yang pada Fakir merupakan SATU MUTIARA yang tiada tolok banding nilainya.
Fakir melihat dengan mata kepala Fakir sendiri keajaiban setidak-tidaknya saoarang anak muda yang membaca dan terus mengamalkan cara cara yang ditunjuk oleh Bapak Muchtar ini. Itulah satu satunya manusia yang dalam pengetahuan Fakir yang telah bertemu dengan Dirinya sendiri dan "berjalan" entah kemana seperti yang diceritakan Bapak Muchtar.
Pada perkiraan Fakir ramai lagi diluar sana khasnya anak anak murid Bapak Bagindo Muchtar yang telah menemui Diri masing masing dan juga mereka mereka yang telah TERBUKA atau DIBUKA olah para murid murid Bapak Muchtar.
Sesungguhnya mereka mereka merupakan orang orang yang bertuah menerima Anugerah Allah bertahap tinggi dan mulia.
Salam Takzim dari Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi
Semuga Allah menemukan kita semula dilain masa dan dilain kesempatan pula.
Rabu, 19 Mei 2010
MANUSKRIP BAGINDO MUCHTAR ..........BAB 21
PENGAKUANKU
BUKA MEMBUKA
Yang Terbuka = PINTU
Yang Dibukakan = PINTU
Yang Membuka = AKU
Kalau engkau termasuk gulungan YANG TERBUKA, maka segala PINTU akan terbuka terus bagimu. Kalau engkau golongan YANG DIBUKAKAN maka untuk keluar engkau harus ditunjukkan JALAN dengan dibimbing. Kalau engkau termasuk golongan YANG MEMBUKA maka adalah kewajipanmu MEMBIMBING dan MENUNJUKKAN bagi orang yang engkau buka itu.
Saya yang tadinya menurut pngetahuanku telah TERBUKA SENDIRI, berjalan keluar sebagai saorang pengembara.
Aku berjalan semenjak pintu telah terbuka , berjalan saorang diri dengan mengorbankan apa yang ada padaku. Bertahun-tahun sudah aku berjalan dan banyaklah pengalaman pengalamam yang aku perdapat. Aku berjalan dan terus berjalan.
Dalam perjalananku aku MENEMUI ANAK KUNCI dan dengan anak kunci itu aku telah dapat membuka dan memasukki dan telah banyak yang telah aku bukakan. Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidak banyak tahu dan amat sedikit pula diantara mereka itu yang berterimakasih padaku
Isnin, 17 Mei 2010
MANUSKRIP DR BAGINDO MUCHTAR ....BAB 20
PENJELASAN RUHANI SECARA SAINTIFIK
Adalah Ruhani itu tersusun dan terdiri dari Zat Zat atau Electron Electron Hidup yang mengandung Tenaga Electro-Magnetik. Apabila electron electron hidup itu keluar dari susunannya iaitu Ruhani, maka tenaga yang keluar dari proses ini adalah besar sekali akan tetapi ghaib ertinya tidak dapat disaksikan dengan langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai Tenaga Ghaib atau Metaenergie. Dengan Metaenergie kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idam-idamkan.
Oleh kerana tiap tiap orang mempunyai Metaenergie dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap tiap orang dapat mencapai semua cita cita asal mempunyai kemahuan yang teguh. ( Alam Fikiran – Dr Parijana Surjadipura )
Telah diketahui bahawa pada kita ada itu Metaenergie yang mempunyai banyak kemungkinan kemungkinan dan alangkah baiknya kalau kita dapat menguasainya dan merasakannya yang tidak dapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga Ghaib itu mealiri seluruh tubuh kita didalam, yang mana kalau kita sendiri yang sebut Ruhani. Dan itulah Dia DIRI yang terdiri dari Zat Zat.
SETERUSNYA TENTANG DIA JUGA
Maka adalah jelas akan pentingnya kita MENEMUI DIRI kita itu yang berdiri pada dirinya sendiri, yang tegak seperti ALIF, yang duduk seperti WAU yang tergantung tiada bertali, bertali tidak tergantung, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dan adalah yang diluar dari DIRI kita ialah Badan yang berbentuk dan berupa dan berasal dari TANAH
DIA Yang Maha Besar tidak ada rupa dan tampan, tidak pula beranak atau diperanakkan, membentuk segala yang berbentuk merupakan segala yang berupa.
DIA Terrahsia bagi seluruh, seluruh makhluk dan seluruh hamba. Dan adalah bagi orang yang hendak mencarinya, menjadi tugasnya untuk memecahkan Rahsianya untuk dapat mengenal sampai dapat menemuinya.
DIA sangat dekat bagi orang yang mengetahui ilmunya dan sangat jauh bagi orang yang tidak tahu Rahsianya.
CARILAH DIA yang berada dialammu sendiri lebih dahulu sebelum kamu mencarinya yang berada dialam Maha Besar lagi Maha Luas dan sebelum kamu mencari yang lain lain yang bertaburan dibumi dan alam semesta ini.
DIA memberi dan meisi kehidupanmu. Hidupnya tidak bergantung padamu akan tetapi kehidupanmu sangat bergantung padanya. DIA tidak mencari yang bukan bukan dan sentiasa duduk ditempatnya. DIA tidak keluar, akan tetapi rezeki baginya mendatang, begitupun seluruh keperluannya. DIA didatangi dan mendatangi. Dia didatangi banyak orang dan mendatangi orang tersebut, DIA mengerti semuanya tetapi terlalu ramai orang tidak mengerti padanya.
Kalu kamu telah dapat MENMUI DIRIMU , carilah pula Yang Tergantung Tidak Bertali dan Yang Bertali Tidak Tergantung.
Sebelum dapat menemuinya yang bertali tidak tergantung dan yang tergantung tidak bertali itu bererti belumlah faham kita akan DIRI kita itu, kerana dengan berpegang kepada Yang Tergantung Tiada Bertali, kita tidak bolih berbuat apa apa dan begitu pula dengan berpegang kepada Yang bertali Tiada Tergantung tidaklah sempurna kejadian kita.
Dengan dapat menemui dan memahami keduanya, maka dapatlah kita tali pergantungan, sehingga dengan mengambil tali pergantungan itu sebagai pegangan, maka bererti pula kita telah mempertemukan satu dengan yang lain, pertama Yang tergantung Tidak Bertali dan kedua Yang Bertali Tidak Tergantung.
Yang tidak ada pada Yang Tergantung iaitu tali dan yang tidak ada pada tali iaitu tempat bergantung dan penyatuan keduanya menghasilkan tali pergantungan, seumpama pertemuan antara negatif dan positif.
Satu tetapi dua, contoh stroom dengan kebel / wire
Itulah diantaranya Rahsia DIRI kita itu, gantung bergantung satu sama lain, perlu memerlukan, memberi dan menerima, yang diberi Rahmat yang diterima Nikmat. Sudahkah kita menemui tali yang dimaksudkan ?
Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kembali kepada JALAN yang telah kita temui, iaitu setelah dapatnya kita keluar menembus Alam Zahir kita sendiri melalui hujung jari jari kita.
Setelah pintu terbuka dan jalan telah kita temui, apa kita terus berjalan keluar mencari apa yang dihajat ?
Untuk ini kita harus berhati hati, kerana kita harus meneliti lebih dahulu jalan yang ditemui itu, kerana bagi zahir kita adalah itu sesuatu yang baharu, yang belum pernah dikenal sebelumnya. Akan tetapi yang pasti sudah adalah itu jalannya DIRI kita dari dalam menembus alamnya sendiri.
Sebelum kita bergerak keluar pada jalannya, maka terlebih dahulu kita bergerak keDALAM dengan jalannya, guna untuk mengetahui keadaan DIRI kita sendiri didalam.
Untuk ini hendaklah perbuatan kita itu dilakukan dengan berulang-ulang sebagai latihan sehingga kita dapat mengetahui bahawa apa yang ada dibadan kita ada pula diDIRI kita atau kita sampai dapat mengetahui bahawa DIRI kita itu terdiri dari seperti yang ada dibadan kita.
Kita terus berlatih sampai TERLATIH, sampai kita mengenal peribadi sendiri dan DIRI sendiri yang berbuat dan sampai DIRI mengenal Badannya yang kasar. Peralihan dari Badan mengenal DIRI dan dari DIRI mengenal BADAN dapat kita ketahui – kita lakukan dengan mengadakan perjalanan, jalan yang kita pakai iaitu jalan yang sudah ditemui dan kalau kita berjalan meninggalkan pengkalan, kita mesti pandai pula hendaknya kembali kepengkalan. Kita mesti pandai pula kembali dengan tidak sesat.
Latihan yang saksama dan teliti, menyebabkan kita mengenal dan MENEMUI DIRI SENDIRI dengan perlengkapannya dan penemuan kita pada DIRI dan perlengkapannya bererti kita MENEMUI DIRI RUHANI kita yang merupakan gambaran dari JASMANI didalam badan kita.
Kita sekarang telah mengenal RUHANI dan telah mengenal pula Badan atau Jasad yang dinamakan Jasmani.
Jalan yang kita pakai dan pergunakan untuk mencari DIRI dengan perlengkapannya dan sampai kepada penemuan kita kepada Ruhani kita sendiri, kalau diteliti dengan saksama adalah jalan itu aliran dari Ruhani kita sendiri yang bertitik tolak dari DIRI kita sendiri. Tindaklaku perbuatan kita ini kalau diumpamakan tidak ubahnya seperti kita memudikki sungai semenjak dari muara dengan menempuh jalan yang berliku-liku kita mencari hulunya. Dan apa sebabnya setitis air begitu bersih lagi jernih berasal dari gunung bertambah dekat kemuara jauh dari hulu menjadi keruh dan mengandung bermacam-macam kuman kuman ?
Begitu pula DIRI kita didalam yang tadinya suci bersih,oleh kerana tindak laku perbuatan kita sehari-hari dalam menjalankan kehidupan berubah corak warnanya, ibarat intan terbenam dalam lumpur.
Maka adalah kewajipan tiap tiap kita yang mencari dan menuju kebaikan dan kesempurnaan sebelum melangkah bersihkanlah terlebih dahulu diri kita dengan tindakan dan perbuatan dan terhadap Tuhan bacalah istighafar sebanyaknya.
Diri peribadi kita masing masing adalah SUCI dan BERSIH kerana datangnya dari YANG MAHA SUCI. Tindak tanduk perbuatan kitalah yang mengotorkannya.
Penelitian kepada jalan yang telah ditemui dan mempelajarinya dengan saksama. Maka kita akan dapat mengetahui bahawa adalah DIA itu PANCARAN DIRI kita sendiri dari DALAM yang telah dapat menembus alamnya sendiri. Pancaran tersebut adalah ibarat stroom dan sebagainya. Jalan yang kita katakan itu ialah kebelnya. Stroom yang kita temui itu bukanlah seperti karan letrik yang berasalkan dari benda mati buatan manusia melainkan berasalkan dari Zat Zat Hidup yang dinamakan orang BIOELECTROSITET atau ELECTROMAGNETIK dan tenaga yang keluar darinya yang berasal dari ELECTRON ELECTRON HIDUP dinamakan TENAGA GHAIB atau META-ENERGIE.
Dengan huraian diatas, jika kita turutkan aliran jalan kebel yang mengandung stroom itu maka kita akan temui TALI yang dihuraikan diatas, iaitu Bertali Tidak Tergantung dan jika diteruskan lagi, maka akan bertemulah kita dengan Yang Tergantung Tiada Bertali itu.
Kita telah menemui DIRI kita Yang Tergantung Tiada Bertali, Bertali Tiada Tergantung dan untuk membuktikan yang Diri Itu Tegak Seperti ALIF dan Duduk Seperti WAU, maka kita dapat menemui Yang Duduk Seperti Wau dan Tegak Seperti ALIF itu.
Untuk dapat dimengerti dan diketahui maka yang Bertali Tiada Tergantung dan Tergantung Tiada Bertali dapat kita temukan dengan perantaraan Gerak Aliran Tangan kita yang diturutkan dan Yang Duduk Seperti WAU dan Tegak Seperti ALIF dapat kita temukan dengan menurutkan Gerak DIRI didalam batang tubuh kita, setelah Gerak Tangan berhenti.
Dan untuk diketahui pula adalah ZAT ZAT HIDUP yang ada pada kita itu, tidak sahaja ada pada kita ( di DIRI ) tetapi banyak juga terdapat diluar iaitu di-alam maha luas itu.
Dengan berpegang teguh pada tali tali yang ditemui tadi bererti kita telah berdiri dibidang RUHANI. Dan dengan telah bertemunya kita dengan Yang Tergantung bermakna kita telah menemui DIRI SENDIRI.
Perjalanan dari LUAR ke DALAM telahpun kita lakukan. Perjalanan ini dinamakan Perjalanan Mengenal Diri.
Sekarang perlu pula kita melakukan Perjalanan dari Dalam ke LUAR. Perjalanan kita itu dilakukan dari DIRI sendiri yang telah kita temui itu. Dengan menurutkan kembali jalan yang telah menjadi pegangan kita itu kita akan menemui pula Yang bertali Tiada tergantung dan jika kita teruskan lagi perjalanan yang bertali-tali itu maka tibalah saat kita MENEMBUS ALAM SENDIRI atau BADAN kita.
Dengan perjalanan ini kita akan dapat merasakan dengan beransur tetapi pasti, pintu pintu akan terbuka melalui hujung hujung tali tali itu dan kalau ini telah terjadi maka kita akan dapat merasakannya melalui hujung jari jemari kita.
RASA yang terasa dihujung jari jari itu adalah PANCARAN dari DIRI kita didalam, yang merupakan stroom, stroom ghaib yang dinamakan ELECTROMAGNETIK atu BIO-ELECTRISITET. Electro berasal electron dan bio dari bion. Maka haruslah kita meneliti dan menyelidek akan pancaran Diri itu. Penelitian akan mendatangkan pengetahuan kepada kita bahawa Pancaran itu terdiri dari ZatZat yang merupakan titik titik terang.
Dan adalah tenaga tenaga yang keluar itu besar sekali dan dapat dikerahkan menurut kemahuan kita dan dengan kemahuan yang teguh banyak kemungkinan kemungkinan yang diidam-idamkan dengan mempergunakannya bolih diperdapat.
Dan adalah kedudukan kita dengan Tenaga Ghaib kita itu, laksana seorang pemburu dengan senjata otomatik ditangannya. Dikala ada musuh senjata tersebut tidak akan bergerak sendiri menembak, kalau tidak sipemburu yang bergerak untuk menembaknya. Hanya perbezaannya senjata itu ialah benda mati, sedangkan Tenaga Ghaib kita ialah keadaan sesuatu yang hidup.
Dan oleh kerana dia hidup maka pengalaman pengalaman dan kemahiran kita dalam memakai dan mempergunakannya, menambah pengertian kita kepada lebih mendalam, sehingga menimbulkan dan mendatangkan saling kenal mengenal satu sama lain sehingga oleh kerana pandainya kita menurutkannya maka dia yang tadinya asing dan luar bagi kita, telah menjadi menurut pada kita dengan perkataan lain kita telah mengerti padanya dan dia telah mengerti pula pada kita.
Peningkatan pengertian kita kepadanya akan meningkatkan pula kedudukan kita. Kalau tadinya kita dengannya diumpamakan laksana seorang pemburu dengan senjatanya, maka kenaikan tingkat kita itu ada;ah laksana sipenunggang dengan kudanya.
Sewaktu kita yang laksana seorang pemburu baru mendapat senjata terlebih dahulu tentu kita pelajari senjata kita itu, kita berlatih bagaimana merawatnya dan bagaimana cara mempergunakannya dan pada waktu itu alam fikiran kita hendak berburu untuk menembakkan senjata kita. Kita pergi berburu atau kita cari perburuan guna untuk mencuba dan memakai senjata kita.
Sehingga sampai mahir kita dalam cara memakai dan mempergunakannya. Seorang pemburu baik selain dari mahir dalam kepandaiannya mempergunakan senjata juga hendaknya mempergunakan pula alam fikirannya dan sebaiknya berbudi pekerti. Apa tujuan kita dengan mempergunakan fikiran dan berbudi itu ? Maksudnya ialah supaya kalau kita menembak janganlah sebarang tembak sahaja. Apalah gunanya umpamanya kita menembak seekor binatang yang tidak akan memberi faedah pada kita dan dibiarkan begitu sahaja jadi bangkai apa lagi dia tidak menganggu kita ? Bukankah dia juga mahu hidup dan ingin pula memperkembangkan kehidupan dialamnya sendiri ? Seorang pemburu yang berbudi dan menggunakan akal fikirannya sudah tentu tidak akan menembak sebarang buruannya dan tidak akan membuang peluru sebarang sahaja.
Pengertian dan kemahiran kita memakai senjata tadi mendatangkan peningkatan pada kedudukan kita dari seorang pemburu dengan senjata kepada seorang penunggang dengan kudanya.
Masa menjadi seorang pemburu sebagai periode pertama telah kita lewati dan sekarang kita memasukki periode kedua, yaitu jadi seorang penunggang dengan kuda. Kuda ialah kenderaan bagi kita.
Kalau tadinya kita dengan bersusah payah dan memakai waktu yang lama mencapai tujuan kita, maka dengan perubahan kedudukan kita itu, dengan kenderaan yang telah kita punyai, maka akan lebih cepatlah kita sampai pada tujuan kita. Dalam praktik kalau kita tadinya mengangkat senjata untuk menembak, maka setelah kita mempunyai kuda tunggangan untuk mencapai tujuan kita harus dapat memegang talinya supaya dapat kita kendalikan.
Kalau tadinya kita mempunyai senjata maka dengan meningkatnya kedudukan kita sebagai tambahan kita mempunyai kuda tunggangan. Oleh kerananya kedudukan kita menjadi merangkap.
Bahawa kita telah jadi penunggang dan sipemburu dengan mempunyai kenderaan kuda merangkap senjata. Kalau sipemburu meletakkan senjata maka berpisahlah antara yang satu dengan yang lain, begitu pula kalau sipenunggang turun dari kudanya.
Sipemburu walau bagaimana sekalipun mahirnya memakai senjata kalau akan mempergunakan senjatanya selamanya dia melakukannya dengan sikap duduk dan berdiri. Sipemburu yang mahir tadi setelah menjadi sipenunggang kuda sambil berjalan dan berlari dengan memegang tali tunggangnya dia harus pandai mempergunakan senjatanya.
Untuk ini sipenunggang tentu me-adakan latihan latihan dan mencari pengalaman sebanyak mungkin.
Peralihan kita dari sipemburu kepda sipenunggang tidak akan membawa perubahan pada badan kita secara kenyataan. Perhatikanlah sesaorang yang memegang dua jabatan yang dinamakan merangkap umpama Presiden merangkap Perdana Menteri orang itu juga atau Menteri Dalam Negeri merangkap Gabenor.
Akan tetapi peralihan senjata kepada kuda sangat meminta perhatian yang saksama untuk diketahui proses perkembangannya sebab sangat berguna untuk kemajuan diri kita dan bagi masa depan kita.
Senjata dari sipemburu yang kita jadikan umpama dari Tenaga Ghaib yang telah kita punyai itu, tadinya kita anggap barang mati anih lagi ajaib, setelah kita dapat menurutkan jalannya perkembangannya dari senjata kekuda, maka bertambah yakinlah kita bahawa Tenaga Ghaib kita itu hidup dan berasal dari sesuatu yang hidup yang keluar dari diri kita melalui badan kita dan menembus alam sendiri melalui hujung tali tali yang bertali tiada tergantung dan dapat kita merasakannya melalui hujung hujung jari jari kita.
Maka adalah seluruh perkembangan itu berjalan menurut jalan yang ada didalam batang tubuh kita atau menurut saluran badan kita dan oleh kerananya berdasarkan perkembangan itu menjelmalah badan kita sendiri atau dengan perkataan lain kita membentuk badan diri sendiri menurut bentuk yang telah ada. Perbezaannya dengan badan kasar kita ialah oleh kerana asalnya dari tenaga ghaib, maka tidak dapat pula kita melihatnya dengan mata kepala.
Berdasarkan keterangan diatas maka perkembangan selanjutnya dari senjata kita tadi yang ada permulaannya dengan kata perumpamaan kekuda dan dari sini kalau kita mahu meningkatkan lagi setingkat keatas ialah kepada keempurnaan atau Insan Kamil yang meliputi keseluruhannya.
Dalam perkembangannya Tenaga Ghaib itu kedalam ialah dari diri membentuk diri melalui saluran saluran yang telah ada didalam batang tubuh kita.
Oleh kerananya pengembaraannya itu membentuk badan sendiri lebih dahulu sebelum dapat membentuk diri sendiri.
Untuk kesempurnaanya sesudahnya kita dapat membentuk diri dan badan kita maka adalah kewajipan kita untuk mengisi menurut isi batang tubuh kita yang telah ada selengkapnya.
Kelengkapan dari batang tubuh kita dengan isinya dapatlah disimpulkan terdiri dari urat, tulang, otak, benak, bulu, kulit, darah, daging, hati jantung, limpa, rabu dan empedu.
Diri meisi diri dengan diri dari memperkembangkan diri sampai meliputi keseluruhannya yang diliputi ialah badan diri. Tingkah laku perbuatan memperkembang sampai meliputi itu bererti diri membentuk diri sendiri bererti meisi badan diri. Yang diisi ialah apa yang ada pada badan sejak dari luar sampai kedalam. Dengan demikian maka diri membentuk badan sendiri didalam. Maka berdirilah AKU BATIN cukup dengan perlengkapannya dengan sempurna.
Diri yang telah sempurna ialah diri yang telah bangun dari tidur. Diri yang telah mengetahui akan keadaannya, diri yang telah sedar dan mengetahui siapa dia sebenarnya.
Diri harus menyayangi badannya, mengetahui keperluannya, mengetahui tugas kewajipannya sebagai seorang manusia, mengetahui tugas kewajipannya sebagai hamba Allah ( Abdi Tuhan )
Untuk itu ia harus bergerak harus berjuang harus berbuat harus berlaku dan harus bertindak jika perlu. Dia harus mempelajari sekelilingnya tahu mana yang kawan mana yang lawan, tahu mana yang baik dan yang buruk tahu ombak yang bersambung angin yang akan bertiup tahu awan yang akan menjadi hujan. Dan masih banyak lagi yang akan diketahuinya. Penglihatan mesti tajam, pandangan mesti terang jauh kemuka kekiri dan kekanan.
Dengan begitu maka kita mulai mengenal alam diluar kita sendiri. Pelajarilah alam sendiri dengan saksama sebelumnya kita memasukki dan mempelajari alam diluar kita.
Kesempurnaan kita berlaku dengan memperkembng diri kita sampai meliputi keseluruhannya yang mana proses perkembangan ialah :-
Dari tidak tahu menahu, menjadi seorang pemburu dengan senjata ditangan . DARI SEORANG PEMBURU KE SIPENUNGGANG DENGAN KUDANYA. Kita yang tadinya telah menjadi manusia dalam proses perkembangan seperti yang disebut diatas.
Yang dijadikan SENJATA pada kita yaitu DIRI. Diri berkembang terus sampai menjadi kuda bererti kenderaan bagi kita dan selanjutnya kalau ditingkatkan terus pengetahuan kita mengenai diri kita maka diri itu akan berkembang terus menjadi kita sendiri, sehingga berdirilah kita itu lengkap dengan perlengkapannya yang ada.
Sejak diri telah lengkap berdiri seperti dengan perlengkapannya yang ada, maka semenjak itu pula akan berlainanlah pandangan hidup kita dan yang sudah sudah seumpama siang dan malam atau ibarat terang dan gelap. Perjalanan hidup yang telah dibawakan selama ini sebelum kita dapat mengenal diri kita ialah berjalan pada malam hari atu berjalan didalam gelap meraba dengan tidak punya pegangan atau jalan sebagai petunjuk dalam perjalanan.
Saya yang telah ada berlainan dengan “aku” yang telah berdiri. Untuk membuktikan perbezaan antara saya dan aku kami tunjukkan contoh kepada Presiden Sukarno diwaktu berpidato apabila dia memakaikan saya dan aku. Disinilah terletak diantara lain kelebihannya.
Aku yang berdiri dengan sendirinya yang telah ditemui dan dikenal kekuatannya atau tenaganya berlainan dari aku yang diakui apalagi yang beraku-akuan.
Pada permulaan kita mengenalnya adalah “dia” itu Nyawa kita yaitu senjata bagi kita yang dianggap barang mati.
Setelah kita tingkatkan pengetahuan kita, pengalaman dan penelitian yang saksama menunjukkan kepada kita bahawa yang dianggap barang mati itu kenyataannya bukanlah mati, melainkan HIDUP dan kelanjutan dari penelitian kita menentukan dan menetapkan pula bahawa adalah DIA itu terdiri dari kumpulan Zat Zat Hidup. Itulah Diri kita yang bagi kita ( badan kita ) berdiri dengan sendirinya.
Badan yang telah dipersenjatai dengan diri dan diri yang telah mengenal badannya dan badan yang telah dapat pula mengenal dirinya yang sebenarnya telah saling kenal mengenal satu sama lain sehingga sibadan telah menyayangi dirinya dan sidiri telah mengasihi badannya.
Sibadan mulai sedar dan dapat mengetahui bahawa suatu kekeliruan besar diperjalanan hidupnya yang sudah sudah yang telah dibawakannya, dikeranakan salah pandangan dan salah tangkapan dalam memahami akan keadaannya. Jalan yang diturutinya jalan hampa dan kosong sedangkan yang teramat penting dan sangat amat berguna bagi kelanjutan perjalanan hidupnya disia-siakan dan tidak pernah diikut-sertakannya dalam tindak tanduknya untuk tujuan atu mendapatkan sesuatu.
Sidiri tadinya tidak diambil peduli oleh yang mengandungnya mengambil sikap masa bodoh, walaupun dia langsung merasakan dan menderita dan merana oleh perbuatan sibadan yang tidak mahu tahu didiri itu.
Dan setelah sibadan sedar dari kekeliruan pandangannya, maka setelah dapat mengenal dan menemui dirinya dan setelah dia dapat mengetahui bahawa yang dikandung dalam segala hal melebihi kesanggupannya dari yang mengandung. Maka dengan sendirinya lahirlah pengakuannya pada diri sendiri dengan dalam segala tindak laku perbuatannya dirinyalah yang dikemukakan.
Sidiri yang tadinya membisu disebab-keranakan tidak dipedulikan oleh sibadan sebelum mencapai pengakuan dan penyerahan yang bulat dari sibadan, mulai sedar dan bangun dan tahu sudah bahawa yang dikatakan badan itu adalah kepunyaannya, teman hidup sejatinya, dunia akhirat dan sudah tentu tidak akan membiarakan badannya sengsara, merana dan menderita.
Air yang setetes dari gunung setelah melalui masa jalan berliku akhirnya sampai kemuara menjadi sungai dan akan mengharungi lautan lepas. Jalan yang dilaluinya tadi jalan penuh berisi tiada hampa tiada kosong. Adalah yang dinamakan sungai yang telah sampai kemuara itu ialah kumpulan tetesan air dan berbagai-bagai tempat dan jurusan yang mempunyai satu tujuan yaitu laut lepas.
Begitu pulalah laksananya diri kita yang terdiri dari kumpulan serba serbi zat dan mealiri seluruh batang tubuh dan memberi daya hidup kepada kita. Jalannya berisi, memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dia dikandung oleh yang mengandung. Biasanya kerana yang dikandung ditanggung oleh yang mengandung. Akan tetapi oleh kerana salah memahami akan isi dari kandungan tersebut, maka yang mengandung yang bersalah, yang diisi dari kandungan tersebut. Yang mengandung tidak mengetahui akan rahsia kandungannya bahkan tidak pernah menjadi perhatiannya.
Pada kelahiran pertama kita menjadi anak dari yang melahirkan kita sampai menjadi besar, dan pada kelahiran kedua kita sendiri seharusnnya melahirkan kandungan kita, kerana yang dikandung dan yang mengandung adalah kita jua. Hanya bezanya berlainan cara melahirkan. Kita dikandung ibu diperutnya, kandungan kita pula rahsianya letaknya didada kita. Rahsia yang dimaksudkan bukanlah rahsia badan tetapi rahsia diri yaitu pokok pangkal dari seluruh jalannya kegiatan kehidupan sejak dari dalam sampai keluar atau sebaliknya dan seterusnya dunia dan akhirat.
Pemecahan rahsia diri itu termasuk didalam bidang ilmu META-FIZIKA. Penemuan akan diri sendiri memberi banyak kemungkinan yaitu dengan menggunakan tenaga tenaga yang terkandung didalamnya yang dinamakan TENAGA GHAIB. Oleh itu pelajarilah ia secara mendalam sehingga kita dapat mempergunakannya dan mengambil faedah daripadanya. Tingkatan terus pengetahuan kita mengenainya.
Adalah ilmu ini tidak sesulit yang diduga dan tidaklah semudah yang diharapkan. Jauh tidak dekatpun tidak dari kita. Dia adalah ilmu sejati yang benar ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Yang sulit ialah jalan mendapatnya, untuk menemuinya. Renungkanlah dengan apa yang ada padamu dan bagaimana caranya supaya mendapat jalan itu. Jalan yang benar itu letaknya pada kamu sendiri. Yaitu didirimu bukan dibadanmu. Dari itu cari dan temuilah dirimu lebih dahulu dan pelajari akan rahsianya. Penemuanmu akan dirimu sendiri, pengalamanmu dengannya dan pemecahanmu akan rahsianya dan penelitianmu yang saksama memungkinkan kamu akan menemui jalannya.
Jalannya jalan terang bukan gelap. Sekiranya engkau telah menemui jalan itu bererti pula kamu telah menembus alammu sendiri maka kamu harus berhati-hati menurutkan jalan itu kerana sangat banyak makhluk yang berkeliaran dalam kegelapan sedang mencari tempat untuk berlindung dan bernaung. Perjalanan kita bagi mereka adalah seolah olah mereka melihat cahaya dari jauh maka berduyun duyunlah mereka menuju cahaya itu.
Mereka yang telah dapat menemui dirinya akan dapat menemui tali tali Allah dan jika diturutkan tali tali itu akan menemukan pula jalan jalannya jalan yang lurus dan benar. Didirimulah adanya tali tali itu dan didirimulah ada jalan jalan yang benar itu. Ingatlah kupasan kami tentang yang tergantung tiada bertali dan bertali tiada tergantung. Jika jalan itu telah diperolihi maka tidaklah sulit lagi bagi mendapatkan apa yang dididamkan.
Untuk mendapatkan jalan itu, kita Mesti Ada Kemahuan, kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dan jalan kita perdapat dan temui dalam keadaan sedar. Jalan itu kita cari bukan dengan alam fikiran kita, melainkan dengan tangan kita, sehingga kalau jalan itu telah ditemui maka kita dapat merasakannya dan jalan itulah yang akan diturutkan dengan alam fikiran kita.
Dudukkan dirimu ditempatnya yaitu tempatnya di-KETENANGAN SETENANGNYA. Begitupun pembawaan kita harus tenang dan usahakanlah supaya segala sesuatunya itu diri kita yang berbuat.
Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, yaitu diri yang telah diperkembang menjadi dan merupakan kita didalam. Dengan kejadian itu dalam bilangan maka kita telah menjadi dua : satu diluar yang berbadan dan yang kedua ialah didalam yang berdiri. Selagi kita masih hidup didunia kita tidak bolih menceraikan badan dan diri. Diri dicukupkan dengan apa yang ada dibadan kita, sehingga meliputi keseluruhannya.
Dari bilangan dua kita harus menuju kebilangan tiga. Yang ketiga ialah yang berdiri diluar yang berbadan yang berdiri yang dinamakan saudara. Saudara kita itu ada dalam tiada atau ghaib. Ia hanya dapat dihubungi dengan diri bukan dengan badan. Penemuan kita dengan saudara kita itu menjadikan kita berbilang tiga tetapi satu yaitu satu sebenarnya tiga hanya didalam bilangan. Maka adalah menjadi kewajipan kita kalau mahu memperbanyakkan saudara kita lahir dan batin. Maka timbullah si-4, si-5 dan seterusnya.
Ingatlah bahawa kekuatan kita letaknya didiri kita bukan dibadan kita. Untuk menunjukkan kekuatan dirilah yang kita kemukakan yaitu diri yang telah berdiri dan terdiri dari titik titik terang yang memancarkan cahaya atau Nur yang datang dari NURULLAH. Bagaimana duduknya Nur itu didalam batang tubuh ita ? Petunjuk Allah termaktub didalam Surah An-Nur : Ayat 35 yang bermaksud :-
Allah memberi Cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang didinding rumah, didalamnya pelita, pelita itu didalam gelas / kaca. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau kilau dilangit. Pelita dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat yaitu Minyak Zaitun yang tidak tumbuh ditimur mahupun dibarat. Hampir hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tidak disentuh api. Cahaya berdamping cahaya. Allah menunjukki orang yang dikehendakkiNya kepada cahaya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap tiap sesuatu.
Perumpamaan yang ditunjukkan Allah untuk kita melalui Ayat tadi ialah supaya kita dapat mengetahui keadaan diri kita didalam, kalau dilihat dari luar. Rumah adalah perumpamaan Allah bagi Badan kita. Dan adalah titik titik terang yang disebutkan yang memancarkan cahaya itu ialah Titik dari Allah yang dinamakan Zat yang berasal dari Zatullah. Bagi Zatullah tidak ada yang tidak ada pada Zat Allah. Dialah yang menjadikan segala yang dijadikan dan Dialah yang mendadakan segala yang diadakan.
Dan berbuatlah sebanyak-banyak mungkin dengan dirimu. Kamu sendiri tidak akan lebih pintar dari Dirimu sendiri. Serahkan lah apa yang ada padamu kepadanya untuk kebaikanmu sendiri dan supaya bebas dirimu bergerak berbuat dan berlaku.
Dan kenalilah dirimu dalam ertikata sebenarnya, supaya dapat engkau mengetahui dan mengakui bahawa memang ada kelebihan dirimu dari kamu sendiri. Kamu yang berbadan berlainan dari dirimu yang telah berdiri. Badan dan dirimu itu sebenarnya SATU. Ilmu pengetahuanku memecahkannya menjadi dua.
Dan kalau kita dapat mengetahui bahawa pada kita yaitu DIDIRI KITA dan anti iblis, maka selain kita sendiri terlepas dari godaan setan iblis, kita akan dapat pula menolong orang orang yang menderita atau yang telah terpedaya oleh perbuatan setan iblis. Kita dapat membebaskannya dan membawanya kembali kepada jalan yang benar atau kalau sakit mungkin kita dapat menyembuhkannya.
Aku telah mengenal aku yang berbadan, aku telah mengenal diriku sendiri.
Dan dibawah ini aku turunkan ayat Tuhan seperti tercantum didalam Al-Quran Surah As-Sddjah ( Sujud ) surat 32 juz 21 iaitu :-
Ayat 7 Dia MEMBAGUSKAN tiap tiap sesuatu yang dijadikannya dan dimulainya menjadikan manusia dari tanah.
Ayat 8 Kemudian dijadikannya anak anak cucu manusia keturunannya
dari air yang kotor ( mani )
Ayat 9 Kemudian DISEMPURNAKAN kejadian manusia dan ditiupkan RUH kedalam tubuhnya serta dianugerahinya pendengaran, pemandangan dan hati. Tetapi sedikit diantara kamu yang berterimakasih kepadaNya.
Dan adalah Aku yang banyak mengandung rahsia berdiri tegak dibatas sebagai penghubung antara luar dan dalam, sebagai saorang perajurit mempertahankan benteng dari serangan dan kalau perlu menyerbu menghancurkan musuh, sebagai seorang guru memimpin dan menunjukkan jalan kepada muridnya sambil menabur ilmu pengetahuannya, dengan lampu ditangan memberi penerangan kepada orang yang dalam kegelapan memberi dan menerima sesuatu untuk sesuatu.
Dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa dengan ilmunya yang kami amalkan, kami sentiasa mengucapkan syukur dan terimakasih sedalam-dalamnya dan menekurkan kepala yang satu sambil meminta ampun atas kesalahan kesalahan yang disengaja dan tidak disengaja yang kami perdapat dan lakukan kerana sebagai manusia kami tidak luput dari godaan godaan serta tipu daya setan dan iblis yang berkeliaran dialam semesta ini Dengan badan diri kami serta apa yang ada pada kami padaNya, kerana kami menganggap adalah badan diri kami ini beserta apa yang ada pada kami menjadi kepunyaanNya jua.
Dan selanjutnya kami sentiasa memohonkan perlindungan dan petunjuk petunjuk yang tak putus putusnya, guna kami jadikan amalan bagi kami yang akan kami jalankan sampai hari akhir dan sambung bersambung turun temurun hendaknya sampai keanak cucu kami.
Pengalamam hidup yang pahit mendorong kami mencari Tuhan yang disembah. Pengalaman dalam perjalanan menuju kepadaNya meyakinkan kami akan adanya Yang Ghaib ( dan ) akan adanya TALI TALI HALUS yang menghubungkan antara satu dengan yang lain yang mempunyai daya kekuatan tarik menarik.
Pengalaman juga menunjukkan pada kami bahawa kami tidak berdiri sendiri bahkan banyak sejenis kami berada disekeliling kami dimana-mana sahaja dimana sahaja kami berada. Apa lagi setelah kami dapat menemui jalan yang sebenarnya dan jalan itulah yang menjadi pegangan kami maka dengan menurutkan jalan itu KEDALAM aku (kami ) temui DIRI SENDIRI dan pengembaraanku dialam sendiri itu menunjukkan akan KEADAAN RUHANI ku dan tahu pulalah aku apa yang telah aku perdapat dalam susunan kata kata sesaorang yang diberikanya kepadaku sebagai hadiah yaitu TERGANTUNG TIADA BERTALI DAN BERTALI TIADA TERGANTUNG TEGAK SEPERTI ALIF DUDUK SEPERTI WAU
Dan dapat tahu pulalah aku apa yang sebenarnya tujuan kata perpatah RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU dan dengan menurutkan jalan itu dari dalam keluar maka dapat tahulah aku bahawa aku telah MENEMBUS ALAM SENDIRI dan dapat MENGEMBARA dialam maha luas lagi tidak bertepi itu. Aku telah dapat menembus alamku sendiri dan telah juga dapat menembus dan memasukki ALAM LAIN dan dapat pula mengembara dialam yang maha luas ini.
Pertemuanku dengan Allah SWT yang kusembah, aku tidak dapat banyak menulisnya ( untuk pengetahuan sekalian pembaca ) kerana bertambah dekat akau kepadaNya bertambah KECIL aku dan begitulah dihadiratNya aku sudah TIDAK ADA. Keadaanku DALAM TIADA. Dia mengetahui yang tidak diketahui orang.
Dalam perjalanan pulang kembali yaitu daripada ( kedudukan ) DARI TIADA kepada ADA aku dapat menemui ANAK KUNCI DARI SEGALA KUNCI itu. Kunci pembuka dan penutup dan dengan anak kunci ditangan aku mengembara dan menjelajah dan begitulah berkat TALI PUSAT itu aku kembali dari TIADA kepada ADA. Dan begitulah adanya keadaanku.
Dan dengan anak kunci ditanganku yang terpancar ( aku ) bertemu dengan YANG MEMANCARKAN dan bertemu pula dengan INDUK PANCAR. Begitulah pula aku yang ditiupkan kedalam suatu wadah yang telah lengkap untukku mealiri seluruh apa yang ada padaku menurut saluran tertentu yang aku namakan batang tubuhku, sempurnalah kejadian aku menjadi manusia.
Aku sekarang telah dewasa telah banyak pengalaman dan telah mengembara kian kemari bahkan sampai sekarang aku tetap mengembara telah memancarkan pula dan telah mealirkan pula aliranku dan telah menurunkankan keturunanku. Anak anakku terdiri dari anak yang terbaik dari pancaranku dan anak yang menerima dan mendapat aliran dariku.
Aku yang tadinya mencariNYA dengan tujuan meminta keadilan sambil membentangkan segala peristiwa yang telah kualami diSANA diHADIRATNYA berasa malu pada diriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat kukatakan tidak ada suara yang dapat kusuarakan tak ada gerak yang dapat kugerakkan. Aku tak berdaya, segala apa yang ada padaku sudah tidak ada lagi.
LA HAULAWALA QUWATTAILLA BILLAHHIRRAZIM
Aku kembali sebagai seorang islam dengan membaca dua kalimah syahadah sebanyak mungkin dimana (sahaja ) aku berada sehingga (ianya ) telah menjadi pakaianku.
ALIF LAM MIN ADALAH KUNCI
Diwaktu aku membaca Al-Quran pandanganku tertuju kepada Surah Al-Baqarah ayat pertama yaitu Alif Lam Min . Melihat dan memperhatikan akan bentuk dan rupa Alif Lam Min itu aku teringat akan ANAK KUNCI yang ku perdapat dalam pengembaraan aku dahulu. Aku pegang kembali anak kunci itu dan aku perhatikan dan aku terus perhatikan, maka dapatlah aku mengetahui bahawa amat banyak kemungkinan kemungkinan yang dapat kuperbuat dan lakukan dengannya ( anak kunci itu - pen ) Tak salah rasanya Ahli Tafsir mengatakan “ Hanya Allah Yang Tahu maksudnya “ Ayat ini mengandungi RAHSIA – Rahsia Ghaib.
Jalan yang kutempoh jalan TERANG, jalan yang MEMANCARKAN CAHAYA, jalan menembus gelap, jalan hidup menembus barang mati. Begitulah perjalananku dari GELAP kepada TERANG, dari TERANG kepada GELAP dari HIDUP kepada MATI dan dari MATI kepada HIDUP.
Untuk ini telah kutemui pula Ayat Ayat Allah didalam Al-Quran :
( sila rujuk Al-Quran untuk ayat ayat asal – penyalin )
a. Surah Ayat ( yang bermaksud ) :
Memasukkan MALAM kepada SIANG – SIANG kepada MALAM – mendatangkan YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP . REZEKI yang TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA yang diberikan bagi Yang DikehendakkiNYA.
Kiranya JALAN TERANG yang aku tempuh ini samalah hendaknya dengan apa yang termaktub dalam :
b. Surah FATIHAH ( yang bermaksud ) :
Yaitu jalan orang orang yang telah Engkau BERI NIKMAT bagi mereka YANG TIDAK DIMURKAI dan TIDAK PULA SESAT.
Dan TALI TALI HALUS yang telah kutemui itu semuga ianya merupakan tali yang sebenarnya TALI hendaknya yaitu TALI TALI ALLAH seperti termaktub didalam Ayat Al-Quran yang bermaksud :-
c. BERPEGANG TEGUHlah engkau pada TALI TALI ALLAH dan janganlah bercerai berai.
Dan ZAT SERBA ZAT yang telah dapat kutemui itu hendaknya ( ialah ) Zat Yang Sebenarnya yaitu ZATTULLAH . Dan CAHAYA yang telah dapat kutemui itu ialah NURULLAH.
1Pertemuanku = yang dijadikan dengan DIA = Yang Menjadikan telah kukatakan – aku sekarang menyatakan bahawa :-
AKU TELAH PERGI SEBELUM DIJEMPUT dan AKU TELAH KEMBALI dari SANA.
Dan dapat PENGAKUANlah hendaknya aku yang telah berjalan kepada KESEMPURNAAN , yang telah dapat MENGHIDUPKAN YANG MATI dan MEMATIKAN YANG HIDUP dengan JALAN ( yakni ) MEMASUKKAN
MALAM KEPADA SIANG dan MEMASUKKAN SIANG kepada MALAM, MENDATANGKAN YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP dan dengannya ( aku ) dapat menemui barang yang hilang, yang telah dapat mempertemukan ruas dan buku, membalikkan sirih kegagangnya, memulangkan pinang ketampuknya dan seterusnya menyelesaikan yang kusut dan menjernihkan yang keruh.
Tidak ada yang sempurna diantara kita ini, ( sebagai manusia ) dan diantara makhluk. Yang Sempurna itu hanyalah ALLAH. Dari itu jalan yang sebik-baiknya menuju kepada KESEMPURNAAN ialah JALAN KEPADA TUHAN. Kiranya Allah membenarkan segala tindaklaku dan menerima dan menjadikan seluruh amalanku menjadi apa yang dinamakan sebagai ;-
AMAL SOLEH.
Bagindo Muchtar.